LAPORAN PEMANDU Siri I : Kesedaran Aku Masa Depan Ummah K. A. M. U


KAHERAH 9 April 2015 bersamaan 19 Jamadilakhir 1436H  jam 8 malam bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi,  Baitul Rahman , telah dilansungkan Perasmian Program Pemantapan Du'at (PEMANDU).  PEMANDU SIRI 1 di bawah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah  (BDT) dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah  (BTKKR) KPIPM sesi 2014/2015  telah mengadakan satu program motivasi berbentuk talkshow bertajuk "KESEDARAN AKU MASA DEPAN UMMAH"  (K.A.M.U) yang telah disampaikan oleh 2 orang panel yang hebat lagi disegani iaitu Al-Fadhil Ustaz Jamal Najmuddin Sulaiman dan Al-Fadhilah Ustazah Nasuha Husna Mohd Nordin bersama moderator  Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi. Rancangan talkshow ini berjalan sebanyak 3 pusingan. Sambutan ahli terhadap program ini amat memberansangkan dan di luar jangkaan. Kehadiran ahli PERUBATAN dari muhafazah Zaqaziq memeriahkan lagi majlis. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM 2014.

     Program ini dianjurkan buat para penuntut Perak yang berada di Mesir bertujuan untuk mengubah paradigma da’ie tentang kewajipan berdakwah berlandaskan fikrah yang sebenar dan mengaplikasikan ilmu mereka kepada masyarakat sekeliling. Banyak isi-isi penting yang telah dikongsikan oleh para panelis dengan menekankan beberapa permasalahaan seperti Thaqafah, Rohani, Biah Solehah, Ukhwah dan juga berkenaan dengan konsep kepimpinan. Sebagai contoh, para panelis menerangkan dan menerapkan kepada setiap diri hadirin agar mempunyai fikrah Islamiah yang jelas untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan berkualiti. Panelis juga menekankan bahawa perkara yang perlu dititik beratkan oleh seorang khalifah atau da’ie ialah senantiasa menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Selain itu, peranan seorang da’ie dalam kepemimpinan juga perlu ditingkatkan dan perlu bersungguh-sungguh mencari ruang untuk menambah ilmu pengetahuan sama ada ilmu yang berbentuk akademik ataupun ilmu kemahiran. Dr.Yusof Al-Qardawi telah menggariskan di dalam rukun jemaah terdapat 3 golongan yang perlu ada di dalam masyarakat Islam iaitu ulama, aktivis dan pemikir.

               Program diakhiri dengan persembahan nasyid oleh Usrah Al-Muhazirun. Diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan membawakan pengisian yang dapat memenuhi dada ahli demi kelangsungan KPIPM dan memartabatkan Islam itu sendiri. Majlis berakhir pada jam 11. 30 malam.



BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN






Etika Sosial dan Protokol Menurut Perspektif Islam





      Etika protokol dan sosial  di dalam majlis merupakan suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana ia melibatkan tatasusila dan sahsiah individu ketika menampilkan diri kepada khalayak ramai di samping menunjukkan imej sesuatu masyarakat, tamadun atau sesebuah agama. Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos iaitu yang bermaksud cara, rutin, kebiasaan, adat resam dan budi pekerti.

      Menurut Islam, maksud etika ini hampir dengan apa yang digariskan di dalam akhlak Islamiah. Akhlak yang digariskan dalam Islam melibatkan adab kesopanan, cara berkelakuan dan ia mempunyai hubungan dengan agama. Oleh yang demikian, jika etika ini dikaitkan dengan akhlak Islamiah, maka ia membawa maksud tatasusila dan budi pekerti individu yang mempunyai hubungan rapat dengan agama. Sementara protokol pula membawa maksud peraturan atau panduan yang digunakan bagi menyusun langkah yang sesuai dan teratur demi menjaga kesopanan dan kemuliaan sesuatu majlis.

      Protokol ini merupakan peraturan yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat sama ada berkait dengan hubungan antarabangsa, hubungan harian masyarakat, di dalam majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Ini kerana kepentingan protokol itu adalah untuk menjaga status orang-orang kenamaan di samping menjaga sensitiviti dan perasaan individu agar  keharmonian dan kelancaran majlis dapat diwujudkan.

      Antara contoh protokol yang biasa digunakan di dalam sesuatu majlis adalah seperti susunan tempat duduk, etika pemakaian, penampilan dan gaya bahasa yang digunakan seperti nama panggilan atau gelaran yang bersesuaian dengan pangkat dan kedudukan seseorang tersebut. Selain itu, memakai pakaian yang bersih dan sopan di dalam majlis merupakan sebahagian dari ajaran Islam. Sepertimana firman Allah S.W.T di dalam surah Al-‘Araf yang bermaksud :

 “Wahai anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali kamu memasuki masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan-lebihan.” 


      Melalui huraian ini dapatlah disimpulkan bahawa pengertian etika protokol dan sosial di dalam majlis dari persepektif Islam adalah tatasusila dan budi pekerti dalam protokol dan sosial yang mempunyai hubungan dengan agama. Antara kelebihan yang diperolehi jika kita menjaga etika protokol dan sosial di dalam sesuatu majlis adalah seperti berikut :


  • Adab sopan dan akhlak Islam pada individu dan kumpulan akan terjaga.
  • Majlis akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
  • Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang menghadiri majlis. 
  • Mengutamakan kemuliaan tuan rumah atau penganjur majlis.
  • Tidak menyinggung mana-mana tetamu atau pihak lain ketika majlis.
  • Mematuhi dan menjaga nilai-nilai murni di dalam majlis.

      Oleh itu dapatlah kita lihat bahawasanya Islam sangat mementingkan adab sopan dan akhlak yang mulia dalam kehidupan bagi umatnya. Tatasusila ini menjadi ukuran yang cukup berkesan dalam menilai individu muslim. Jika tatasusila ini diamalkan dalam bentuk kelompok atau individu, maka ia akan mengambarkan betapa murninya didikan dan tatacara Islam dalam sesuatu perkara. Secara umumnya, kepentingan etika protokol dan sosial ini dilihat melalui sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

“ Tempatkanlah manusia (tetamu) pada tempat dan kedudukan mereka selayaknya.” (Sunan At-Tarmidzi)


BERILMU BERAMAL IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”

Artikel ditulis oleh:
Umi Atikah Binti Samsudin
Setiausaha Hal Ehwal Wanita Islam
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir 2014/2015

GAMBAR SEKITAR PELANCARAN LEMBAGA TABUNG ITHAR KPIPM 2014/2015





























LAPORAN MAJLIS EHYA’ AL-JUM’AH DAN RIBAT PERDANA





Pada 26 Mac (Khamis) bersamaan 4 Jamadil Akhir 1436H yang lalu. Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan program Ehya’ Jum’ah. Program telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi Baitul Rahman (Wisma A). Program bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, seterusnya bacaan Yassin yang diketuai oleh saudara Muhammad Fazli bin Azmi.

Program diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Saudari Siti Nurrhasanah binti Omar berkenaan ‘taubat’. Antara isi yang disampaikan adalah kepentingan beramal soleh untuk menghapuskan dosa-dosa yang terdahulu. Seterusnya program diteruskan lagi dengan solat isya’ secara berjemaah dan solat sunat hajat.

Pada keesokan harinya, program bermula dengan qiamullail  seawal jam 3.40 pagi, solat sunat tahajjud, hajat, taubat dan witir diimami oleh Ketua BDT sendiri. Seterusnya solat subuh berjemaah telah diadakan di sana, kemudian diikuti dengan tazkirah perdana yang telah disampaikan oleh Presiden PMRAM sesi 2014 iaitu Ustaz Hanifulfuad bin Hussin. Antara isi penting dalam tazkirah yang telah beliau sampaikan ialah bahawa seseorang ketua harus dipilih walaupun tidak mempunyai keutamaan seperti kisah Amru al-A’sr yang dilantik oleh Rasulullah menjadi panglima perang dalam peperangan Zaatus Salaasil walaupun beliau baru sebulan memeluk islam. Program seterusnya diakhiri dengan halaqah membaca surah Al-Kahfi.




















“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”
“BERILMU BERAMAL IKHLAS”

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger