Wednesday, August 28, 2013

Perhatian : Tuntutan Permohonan Dermasiswa Fisabilillah Maipk sesi 2012/2013


Perhatian kepada semua pemohon dermasiswa fisabilillah MAIPk pada sesi ini:

Bagi sesiapa yang layak untuk mendapat zakat pada tahun ini tetapi status permohonannya gagal, anda layak untuk membuat tuntutan terhadap permohonan tersebut.

Caranya, anda perlulah memberikan maklumat seperti berikut:
1)     Nama penuh
2)    Nombor kad pengenalan
3)    Nyatakan sebab tuntutan

Sila serahkan maklumat tersebut kepada facebook rasmi PMRAM Cawangan Perak ataupun terus menghubungi wakil kami:

Setiausaha Agung KPIPM
(+201146626390)

Ustazah Hafsah Binti Awwaluddin
Pemangku Setiausaha HEWI KPIPM
(+201110560554)

Sila serahkan maklumat tersebut sebelum 12 September 2013.
Harap maklum.

“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

“BERILMU BERAMAL IKHLAS”

Sunday, August 18, 2013

MAKLUMAN UNTUK MELAPOR DIRI

Bismillahirrahmanirrahim..

Perhatian kepada seluruh anak Perak.
Bagi sesiapa yang masih belum melaporkan diri sila berbuat demikian dengan segera.

Maklumkan data peribadi anda seperti butiran berikut:
NAMA PENUH
NOMBOR PASSPORT
KULIAH
TAHUN PENGAJIAN
PENEMPATAN SEMASA
NOMBOR TELEFON
NEGERI
MUHAFAZAH

dan sila hantarkan kepada:
MUHAMMAD MU'AAZ BIN RAMLI
+201153917201
Timbalan Setiausaha Agung
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013


Disediakan oleh:
AJK Pelaksana Jawatankuasa Bertindak Keselamatan
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013



JADUAL TUGASAN BILIK OPERASI KESELAMATAN KPIPM SESI 2012/2013

Berikut adalah jadual tugasan bilik operasi keselamatan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, anda boleh rujuk kepada petugas atau hubungi nombor telefon seperti yang tertera.

"MEMARTABAT KEILMUA, MEMIMPIN KESATUAN"
"BERILMU, BERAMAL, IKHLAS"

Disediakan oleh:
AJK Pelaksana Jawatankuasa Bertindak Keselamatan
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013


Monday, August 5, 2013

Makluman Pemangku Portfolio AJKT & AJK Hewi KPIPM 2012/2013

Dengan ini dimaklumkan, pemangku bagi AJKT & AJK HEWI KPIPM yang balik bercuti di Malaysia adalah seperti berikut:

Saturday, August 3, 2013

Ain Jalut : Kemenangan Penebus Maruah Islam

Sejak berzaman lamanya bulan Ramadan telah menjadi tempoh ujian buat para pejuang Allah. Banyak siri peperangan membabitkan umat Islam yang dirakamkan oleh sejarah bermula dari Perang Badar di zaman Rasulullah sehinggalah ke hari ini. Perang Ain Jalut juga telah merakamkan kehebatan umat Islam di bulan Ramadan. Perang ini telah berlaku pada 25 Ramadan 658H.

Pada zaman tersebut, umat Islam berada dalam keadaan yang hina dan mengaibkan apabila mereka tunduk kepada sebuah kuasa empayar penakluk iaitu bangsa Tatar atau Mongol. Tatar telah menakluk negara Islam di Asia Tengah iaitu Daulah Khawarizm dan seterusnya cucu Genghis Khan iaitu Hulagu Khan telah menakluk ibu kota Khilafah Abbasiyah iaitu Baghdad pada 656H. Sepanjang penaklukan di Baghdad lebih kurang 1.8 juta umat Islam dibunuh dan buku-buku dibakar serta dijadikan jambatan.

Ketika itu juga , Tatar sudah berjaya menguasai wilayah Islam sehingga ke bumi Syam. Dalam kekusutan itu, muncullah seorang wira Islam yang bernama Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz seorang raja yang baru sahaja menaiki takhta kerajaan dinasti Mamalik Muizziah di Mesir. Baginda melihat dunia Islam dan Mesir sendiri sedang berada dalam keadaan perpecahan yang teruk dan dahsyat. Baginda sedar hanya dengan kesatuan umat Islam sahaja mereka dapat mengalahkan Tatar.

Oleh itu, baginda telah menyatukan semula golongan pendokong Mamalik Bahriah dan Mamalik Muizziah untuk menghadapi kekuatan Tatar yang tidak pernah dikalahkan. Mamalik Bahriah sangat handal dalam bidang ketenteraan dan pernah terlibat dalam Perang Salib di Mansurah yang berjaya menewaskan angkatan Salib seterusnya menawan Raja Louis IX. Baginda juga tidak menafikan peranan ulama apabila baginda telah mengumpulkan ulama-ulama Mesir untuk mengeluarkan fatwa berkenaan kewajipan infak untuk membiayai dana peperangan. Baginda telah menerima dengan baik fatwa yang dikeluarkan oleh Sultan al-ulama Syeikh Izzuddin Abdissalam bahawa setiap rakyat dan pembesar negara perlu menginfakkan harta mereka dalam perang jihad ini.

Bagi menghadapi kekuatan tentera Tatar yang perkasa baginda mengarahkan barisan tentera Mamalik untuk mengadakan latihan tempur di beberapa buah kem di seluruh Mesir. Latihan perang amat diperlukan supaya strategi yang direncanakan berhasil menewaskan musuh. Saifuddin Qutuz juga membuat keputusan yang menggemparkan apabila mahu menyerang Tatar di Palestin dan tidak mahu bertahan di Mesir. Baginda sedar jika tentera Mamalik tewas di Kaherah maka mereka pasti tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Selain itu, baginda juga membuat perjanjian damai sementara dengan tentera Salib di Akka, Palestin bagi membolehkan tentera Mamalik mara ke Palestin. Tentera Salib terpaksa menerima perjanjian ini kerana mereka juga menyedari bahaya kemaraan Tatar. Baginda memberi amaran akibat buruk jika tentera Salib mengkhianati perjanjian.

Oleh itu, tentera Mamalik telah bergerak merentasi Sinai dan tiba di Gaza dan pasukannya berjaya menewaskan tentera Tatar. Selepas itu, pasukan Mamalik telah bergerak ke Ain Jalut dan menunggu ketibaan tentera Tatar dari Lubnan. Saifuddin Qutuz menyedari bahawa inilah peperangan pemutus yang dinantikan umat Islam. Baginda dan para tentera Mamalik yang bersemangat jihad mahu menebus semula kekalahan umat Islam semenjak 617H. Baginda dan seluruh tentera bermunajat kepada Allah sepanjang malam supaya Allah memberikan kemenangan dan mereka dikurniakan syahid.

Sebelum  perang bermula, Saifuddin Qutuz telah menerima bantuan daripada rakyat Palestin. Baginda menunggu ketibaan panglima Tatar, Khitbugha bersama bala tenteranya. Perang berlangsung dengan sengit setelah tentera Mamalik memulakan serangan awal. Tentera Islam kemudian berjaya mengepung tentera Tatar seterusnya menumpaskan mereka. Hampir semua tentera Tatar mati termasuk Khitbugha yang dipancung kepala oleh tentera Mamalik. Kemenangan ini telah menggerunkan Hulagu Khan selaku pemerintah Tatar di rantau tersebut. Belum pernah mereka tewas dalam peperangan.

Sesungguhnya, kemenangan tentera Islam dalam perang ini bukan sahaja disebabkan oleh percaturan strategi yang tepat oleh Saifuddin Qutuz. Akan tetapi, baginda juga telah mengambil kira peranan golongan ulama dalam membuat keputusan. Baginda menyedari bahawa ulama ialah golongan yang takut kepada Allah dan sudah pastinya keputusan yang dibuat melalui ilmu dan mendapat keredaan Allah. Kajilah sirah pemimpin Islam yang hebat dan pastinya kita akan melihat mereka tidak menafikan peranan ulama dalam pemerintahan seperti Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Percaturan strategi oleh Saifuddin Qutuz sangat teliti dan Baginda telah mengkaji punca kekalahan terdahulu serta memanfaatkan kepakaran tentera Mamalik dalam perang. Perjanjian damai dengan pihak Salib dibuat bagi memastikan tentera Islam tidak menghadapi 2 barisan musuh dan sudah pastinya menyulitkan lagi kemenangan yang ingin dicapai. Memahami keadaan realiti semasa atau waqi` amat dituntut bagi barisan pimpinan Islam supaya mereka memahami tindakan paling wajar yang perlu diambil pada masa tertentu.

Kunci kejayaan seterusnya ialah keimanan yang teguh kepada Allah. Tentera Mamalik sentiasa bermunajat kepada Allah kerana Dialah yang menentukan kemenangan atau kekalahan. Sejarah membuktikan bahawa tentera Islam menang kerana kekuatan iman kepada Allah dan bukannya berdasrkan kepada kuantiti tentera sahaja. Jelaslah bahawa kekuatan tarbiyah ruhiyyah membentuk kemantapan aqidah. Saifuddin Qutuz telah membersihkan tentera Mamalik daripada para pengecut.

Faktor kejayaan terpenting ialah betapa perlunya kewujudan pemimpin bersifat rabbani seperti Saifuddin Qutuz. Baginda seorang yang tawaduk dan bijaksana. Baginda juga menyeru kepada penyatuan umat Islam sehinggakan ketika baginda mahu menyatukan Mesir dan Syam, baginda sanggup duduk di bawah pemerintahan raja Syam iaitu Raja Nasir Al-Ayyubi tetapi ditolak. Baginda melatakkan kepentingan umat Islam mengatasi kepentingan peribadi. Semoga lahir lebih ramai Saifuddin Qutuz pada zaman ini.

...................................................................................................................................................................
Nama penulis adalah Ustaz Muhammad Zuhaili Bin Zanal Ali merupakan Graduan Mahasiswa Kuliah Usuluddin Aqidah Wa Falsafah Universiti Al-Azhar Zagazig. Beliau memegang jawatan sebagai Felo Manhal PMRAM.


Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM