Saturday, March 30, 2013

PEMANDU Siri Ke-3: Melahirkan Dai'e Yang Mahir Dalam Perubatan Islam


Kaherah, 28 Mac 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) bagi siri ketiga dengan tajuk “ Medic Dan Shifa’ ”. Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Turut berlangsung, Majlis Pelancaran “KPIPM CREW” sesi 2012/2013 dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Hanif Bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM dengan upacara menandatangani gimik perasmian. KPIPM Crew merupakan sebuah krew multimedia yang akan melancarkan gerak kerja program KPIPM disamping mencungkil kemahiran ahli di dalam bidang teknikal dan multimedia.


Pada siri kali ini, PEMANDU telah mengadakan sebuah wacana yang bertajuk Medic Dan Syifa’. Wacana ini bertujuan, memberi pencerahan kepada ahli tentang perubatan sains dan ruqyah. Selain itu, ahli juga didedahkan tentang kepentingan perubatan islam kepada individu khususnya dan kepada masyarakat amnya.
Antara ahli panel yang mewarnai program tersebut adalah Dr. Muhammad Izzuddun Bin Nadzif, Kuliah Perubatan Tahun 6, Kasr el-Ainy Medical School, Ustaz Abdul Hadi Bin Jusoh, Tahun 3 Maahad Qiraat Shoubra dan seorang moderator iaitu Ustaz Muhammad Sufi, Kuliah Syariah Islamiah Tahun 1.

Seperti biasa, acara kemuncak bagi Program PEMANDU adalah persembahan sajak kemanusiaan daripada Usrah Al-Muhazzirun iaitu Mohamad Nor Zafri Bin Mohamad Ayob, Kuliah Markaz Bahasa Arab, Al-Azhar. Akhir sekali, program diakhiri dengan jamuan bersempena dengan aqiqah yang dilakukan oleh Ustaz Hafizul Akhbar Bin Abd Rahman.

Keseluruhan program kali telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada semua ahli KPIPM mahupun bukan ahli. Semoga program untuk siri-siri yang akan datang dapat terus dijalankan dengan jayanya dalam usaha melahirkan tenaga kerja dan generasi pelapis yang berkredibiliti dan berkemahiran daripada segala aspek. 

Tuesday, March 12, 2013

Majalah The Fikr kini di pasaran

Majalah terbaru keluaran KPIPM.
The Fikr edisi pertama, Edisi Kita Mahasiswa.

Pelbagai pengisian dan artikel yang menarik.
Sila dapatkannya segera!
Kumpulkan keratan muka hadapan dan nantikan hadiah menarik.

Anda boleh dapatkannya daripada mandub/mandubah setiap cawangan
atau daripada :
Pengarah Urusan - Saudara Amar Arif bin Ahmad Poáad (+201122909385)
Timbalan Pengarah Urusan - Saudari Nasibah binti Abu Bakar (+201146799131)



Saturday, March 9, 2013

PEMANDU’13: Melatih Hero Yang Berkeyakinan Tinggi


Kaherah,7 Mac 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) siri kedua dengan tajuk “FROM ZERO TO HERO”. Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Pada siri kali ini “FROM ZERO TO HERO” merupakan bengkel pengacaraan untuk memberi pendedahan kepada ahli, teknik-teknik yang diperlukan untuk menjadi seorang pengacara.


Pada siri kali ini, PEMANDU telah menampilkan gandingan dua orang pengisi yang cukup hebat iaitu Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman dan Ustazah Siti Iziatul Hawa Binti Mohd Yusof. Selain itu, peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan telah dibahagikan tugasan masing-masing untuk mempraktikkan teknik yang telah didedahkan kepada mereka. Seterusnya, memberi mereka peluang ke hadapan untuk menguji tahap keyakinan diri yang ada pada diri masing-masing.



Program kali ini turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dabus oleh Usrah Al-Muhazirun di bawah kelolaan Biro TabungKebajikan, Kesenian Dan Riadah (BTKKR).Tayangan video daripada Biro Dakwah Dan Tarbiah mengakhiri program tersebut.




Keseluruhan program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada semua ahli KPIPM. Semoga program untuk siri-siri yang akan datang dapat terus dijalankan dengan jayanya dalam usaha melahirkan tenaga kerja dan generasi pelapis yang berkredibiliti dan berkemahiran dari segala aspek.

Friday, March 8, 2013

KPIPM Cakna Isu Kebajikan


KAHERAH, 7 Mac 2013 – Pihak KPIPM meneruskan agenda kebajikan kepada seluruh anak-anak Perak di Mesir. Sehubungan dengan itu, saudara Muhammad Kamal Bin Faudzi selaku Ketua Biro Tabung Kebajikan,Kesenian & Riadah KPIPM bagi sesi ini telah bertemu dengan saudara Muhammad Alif Bin Ahmad Maher, mahasiswa pengajian Islam cawangan Zaqazig bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau di atas pemergian ayahanda tercinta pada baru-baru ini.

Pihak KPIPM mengucapkan ucapan takziah kepada beliau dan mendoakan semoga tabah dalam menghadapi dugaan dan ketentuanNya.

“MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN”

“BERILMU, BERAMAL, IKHLAS”

Thursday, March 7, 2013

Program Pemantapan Duat 2013 (Pemandu '13)



PROGRAM PEMANTAPAN DUAT 2013 (PEMANDU '13)

From Zero To Hero
Bengkel Pengacaraan

7 Mac 2013 
Wisma Darul Ridzuan A
7.30 Malam

Pengisi:
Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman

Ustazah Siti Iziatul Hawa Binti Mohd Yusof

Antara yang menarik:
Persembahan Tarian Dabus (Usrah Al-Muhazzirun)

Mari kita sama-sama memeriahkannya! 

“MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN”

“BERILMU, BERAMAL, IKHLAS”

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...