MESRA '13: Satu Keluarga, Satu Ukhuwwah

21 Februari 2013 –Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 telah menjayakan sebuah program hari keluarga iaitu MESRA ’13 dengan bertemakan “Wehdatul Usrah, Wehdatul Ukhuwwah.” Program ini diadakan dengan bertujuan untuk menyatupadukan ahli KPIPM yang berada di bumi Mesir ini.

Program MESRA ’13 ini telah berlangsung selama seminggu, iaitu pada 14-21 Februari baru-baru ini. Program yang melibatkan kesemua anak-anak Perak di bumi Mesir ini telah diadakan di 4 buah tempat iaitu muhafazah Zagazig, Tanta, Mansurah, Iskandariah dan seterusnya di Kaherah.




Antara aktiviti yang diselitkan melalui program ini adalah seperti Jaulah AJKT ke muhafazah, Muhasabah Separuh Penggal (MSP), Sukaneka, Piala KPIPM, Rabie’ Camp dan Malam Kesenian. Pembukaan tirai program ini dimulai dengan Ribat KPIPM yang diadakan pada 15 Februari 2013 seterusnya disusuli dengan Usrah Gabungan yang melibatkan ahli dalam permainan futsal. Program ini dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM 2012 iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Qutaibah Bin Mohamed merangkap BP angkat bagi KPIPM. 





Program ini menyaksikan lima buah rumah sukan yang beradu tenaga bagi mendapatkan kejuaraan. Antara rumah sukan yang beraksi seperti rumah kuning, biru, ungu, merah dan hijau.  Pelbagai telatah dan ragam ditunjukkan sepanjang program berlangsung yang menyerlahkan lagi suasana kekeluargaan pada program tersebut. Akhirnya rumah Merah berjaya merangkul kejuaraan dalam program.  


Penutup tirai Program MESRA ‘13 diisi dengan beberapa persembahan kesenian di bawah Usrah Al-Muhazzirun seperti persembahan silat, pentomen dan  nasyid.  Majlis Penutup dan penyampaian cenderahati seterusnya disempurnakan oleh Badan Pengurus PMRAM 2012 iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Ja’afar selaku Ketua Badan Ekonomi PMRAM 2012. 


“Bertepatan dengan pembawakan KPIPM bagi sesi ini, KPIPM optimis bagi menyatupadukan ahli. Dengan medium program seperti ini secara kesimpulannya KPIPM berjaya melakukannya demi melihat wadah kesatuan ini kekal hingga ke hari mendatang.” Ujar Saudara Hanif Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM bagi sesi 2012/2013.


"Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua ahli KPIPM kerana melibatkan diri dalam program MESRA ‘13 ini. Tidak dilupakan juga kepada semua adhoc pelaksana yang sudi memerah tenaga serta keringat demi menjayakan program ini secara gilang-gemilang.” Ujar saudara Aiman Maslan selaku Pengarah Program MESRA ’13.

MESRA'13: Senarai nama kumpulan Akhawat

 Berikut adalah senarai nama kumpulan akhawat bagi MESRA'13
Jangan lupa cari nama anda!
Ayuh kita bertemu di MESRA'13. ^^

Sila klik pada gambar untuk paparan penuh.





MESRA'13: Tentatif Penuh Perjalanan Program

TENTATIF PENUH MESRA'13

Bakal berlangsung bermula dari 15-21 Februari

*Sila klik pada gambar untuk paparan penuh

Ayuh anak-anak Perak tidak kira Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan.
 Mari sama-sama kita hadir bagi memeriahkan MESRA'13 kali ini.
"WEHDATUL USRAH, WEHDATUL UKHUWAH"

"BERILMU, BERAMAL, IKHLAS"
"MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN"

D' TOUR '13: Keindahan dinikmati, Ukhuwah terpatri


Kaherah, 9 Februari 2013 – Bersempena dengan cuti musim sejuk, Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2012/2013 telah menganjurkan D’ TOUR ’13. Program yang berlangsung selama 2 hari itu telah disertai seramai 21 orang.

Antara objektif jaulah ini adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan sesama mahasiswa di rantau ini dan ianya selari dengan tema yang telah digariskan oleh pihak penganjur iaitu “ Keindahan dinikmati, Ukhuwah terpatri “.

Antara tempat-tempat yang menarik yang dilawati sekitar Mansurah dan Dumyat adalah seperti maqam Syeikh Mutawalli Sya’rawi, maqam Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, Raasul Bahr, Pantai Dumyat dan lain-lain lagi.

Pada hari pertama, para peserta telah menginap di homestay  Pantai Raasul Bahr. Pada malamnya, pelbagai aktiviti luar telah dijalankan. Keletihan sepanjang perjalanan dari Kaherah ke Dumyat sedikit terubat apabila melihat gelagat beberapa peserta yang menghiburkan.

Keesokan harinya, para peserta dibawa oleh musyrif penerangan, Ustaz Mohd Arif Bin Hj Hassan untuk berjalan di sekitar Pantai Raasul Bahr. Para peserta dapat melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah apabila air laut dan air sungai nil bertembung dan tidak bercampur yang mana Allah menceritakan perkara ini didalam ayatnya dari surah Ar-Rahman iaitu :

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (Al Qur'an, Ar-Rahman (55):19-20)
Seterusnya para peserta bergerak menuju ke Pantai Dumyat Jadidah untuk aktiviti mengutip kerang.

Tepat pukul 6.30 petang, peserta bertolak pulang ke Kaherah dan selamat sampai pada pukul 11.40 malam. Rata-ratanya peserta mengatakan keseronokan mereka menyertai D’ TOUR ’13 ini dan berharap agar KPIPM dapat mengadakan program seperti ini lagi.

PEMANDU '13: Sinergi Dakwah Menjana Daie Kontemporari


Kaherah, 7 februari 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program Pemantapan Du’at (PEMANDU ) bagi siri pertama dengan tajuk ‘Dakwah Dinamik’. Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Turut berlangsung, Majlis Pelancaran Perasmian Program Pemantapan Du’at bagi sesi 2012/2013, yang telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Hanif Bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM dengan upacara menandatangani banting dan melengkapkan gimik perasmian PEMANDU.

Dengan tema “Sinergi Dakwah Menjana Daie Kontemporari”, PEMANDU yang merupakan program anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah (BDT) dengan kerjasama Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah (BTKKR) KPIPM, telah meletakkan 3 objektif yang menjadi sasaran utama pada sesi ini.Antara objektif tersebut ialah untuk membentuk syakhsiah muslim yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah,melahirkan mahasiswa Islam yang berkredibiliti dan disegani oleh masyarakat,dan menerapkan kamahiran semasa bagi menghasilkan mahasiswa yang kreatif.


Program “Dakwah Dinamik” yang merupakan program pertama PEMANDU pada sesi ini telah membawa para pendakwah ke arah strategi dakwah yang berkesan kapada mad’u dengan Slot Pengisian “Dakwah Dinamik” oleh Ustaz Farid Faizi Bin Azizan yang telah menerangkan kepada semua ahli KPIPM tentang kewajipan berdakwah kepada masyarakat sekeliling.

Program kali ini turut diserikan lagi dengan persembahan pentomen yang bertemakan strategi pendakwah untuk menghadapi mad’u oleh Usrah Al-Muhazirun dibawah kelolaan Biro Tabung Kebajikan,Kesenian Dan Riadhah (BTKKR) yang merupakan penganjur bersama PEMANDU.Tayangan video promo dari program ‘MESRA 13’ mengakhiri Program Pemantapan Du’at bagi siri pertama ini.

Keseluruhan program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua ahli KPIPM.Semoga program untuk siri-siri yang akan datang dapat terus dijalankan dengan jayanya dalam usaha untuk menggarap tenaga kerja dan generasi pelapis yang berkredibiliti dan berkemahiran kreatif.


Kalam Pengerusi Badan Hisbah KPIPM



Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T  Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad  SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini.

Operasi pencegahan maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep amar makruf nahi munkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yang terlibat dalam operasi berkenaan.

Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa.

Maksud firman Allah swt :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya".
Surah Ali 'Imran, ayat 104.

Hisbah adalah salah satu sunnah dalam sistem politik Islam yang telah diatur dan ditunjuk ajar oleh Baginda S.A.W. Sistem politik Islam tersebut telah disusun sehinggalah ia dilaksanakan sehingga ke hari ini. Hisbah adalah gerakan menegakkan kemakrufan dan menolak kemungkaran. Inilah slogan yang diajar oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran.

Susulan dari itu, sistem hisbah perlulah diperkasakan dan diperhebatkan pelaksanaannya. Ini kerana ia adalah salah satu anti-biotik yang memberi kekuatan dalam membasmi kuman dan virus yang merosakkan kekuatan kesatuan. Anti-biotik inilah yang perlu disuntik di dalam gerakan menyebarkan dakwah dan Islam

Saya pada tahun ini ditaklifkan oleh pihak KPIPM untuk memegang Pengerusi Badan Hisbah. Di saat ini kita melihat peranan Badan Hisbah semakin besar oleh kerana banyak perkara-perkara amar makruf nahi munkar yang telah dipandang sebelah mata.

Dan baru-baru ini juga, pihak Badan Hisbah peringkat KPIPM telah mengadakan mesyuarat kali pertama selepas daripada pelantikan. Di dalam perbincangan tersebut, banyak perkara yang telah diutarakan.

Antaranya adalah isu keselamatan terutamanya keselamatan sebelah akhawat. Oleh itu juga pihak Badan Hisbah telah menyusun beberapa tindakan. Oleh itu, pihak Badan Hisbah telah menyusun jadual rondaan berkala bagi membenteras gejala akhawat yang sering pulang lewat ke kediaman masing-masing.

Jagalah diri agar kita tidak terlibat dengan perbuatan-perbuatan mungkar yang boleh membawa kita ke alam yang hina. Jangan jadikan bumi barakah ini tempat bermadu asmara dan membuat perkara yang dilarang oleh agama kita Islam.

Diakhir kata, saya menyeru kepada seluruh warga KPIPM yang menetap di bumi Mesir ini agar sama-sama kita dapat memberikan kerjasama dengan baik kepada Badan Hisbah dan dapat menjaga keselamatan memandangkan sejak kebelakangan ini banyak kes-kes cabul, mencuri dan lain-lain berlaku.

Semoga dengan kewujudan Badan Hisbah ini dapat membantu individu-individu yang bernaung di bawah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir khususnya dan di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi pelajar Malaysia amnya.

Harapan juga ianya dapat menerapkan tuntutan nilai Ihsan dalam diri mereka sepanjang tempoh mereka menuntut ilmu lantas menghasilkan suasana landskap Biah Solehah yang diidamkan di bumi Mesir ini.


“SATU FIKRAH SATU AMAL”

“BERILMU BERAMAL IKHLAS”

“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”


MOHAMMAD OMAR BIN ADAM
Pengerusi Badan Hisbah
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
sesi 2012/2013

AKAN DATANG....



AKAN DATANG...... NANTIKAN KEMUNCULANNYA

PERTENGAHAN FEBRUARI
HARI KELUARGA KPIPM

MESRA '13
 

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger