Home » » Isu Yuran Pengajian: Pimpinan Bawa Suara Ahli PERUBATAN Kepada EME

Isu Yuran Pengajian: Pimpinan Bawa Suara Ahli PERUBATAN Kepada EME



MOHANDISEIN, Giza, 5 Mei 2012 – Satu pertemuan tergempar telah berlangsung antara wakil PERUBATAN bersama pihakEducation Malaysia Egypt (EME) yang diwakili oleh En. Khairi Jalalluddin, Atase Pendidikan (Akademik-Medic). Memandangkan pertemuan tersebut diadakan pada hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu bagi pejabat-pejabat di Mesir, maka ia telah diadakan di Restoran Hardees di Mohadisein yang terletak tidak jauh daripada bangunan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

PERUBATAN yang diwakili oleh saudara Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Ahmad Junaidi, Presiden PERUBATAN serta saudaraAbd Rahim Bin Samad selaku Timbalan Presiden I telah merancang pertemuan tersebut bagi membincangkan beberapa perkara penting dan mustahak berkaitan dengan masalah yuran pengajian ahli PERUBATAN. Ini merupakan satu langkah serius yang diambil oleh PERUBATAN bagi membantu menyelesaikan kemelut yang sedang menimpa beberapa orang ahlinya di Universiti Kaherah, Ain Shams dan Al-Azhar.

Baru-baru ini, Biro Kebajikan PERUBATAN dengan kerjasama daripada Unit Kebajikan Organisasi PERUBATAN di setiap Universiti (OPU) telah berjaya mengumpulkan maklumat seramai lebih kurang 20 orang ahli PERUBATAN jurusan perubatan serta pergigian yang mempunyai masalah untuk menjelaskan yuran pengajian bagi sesi 2011/2012. Menurut maklumat awal, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan bagi menduduki peperiksaan selagi mana yuran sebanyak USD 8000 seorang belum dijelaskan kepada pihak pentadbiran universiti.

Sehubungan dengan itu, dalam kenyataan rasmi sebelum ini yang bertarikh 29 April 2012, pihak Biro Kebajikan telah bersikap proaktif dan mengambil inisiatif dengan mengadakan kutipan derma kilat di seluruh Kaherah bagi mengumpulkan sumbangan semaksimum mungkin bertujuan untuk membantu meringankan beban sahabat-sahabat jurusan perubatan dan pergigian yang sedang diuji dengan masalah kewangan bagi membayar yuran pengajian mereka.

Pertemuan yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah membawa kepada 3 resolusi yang ingin disuarakan oleh pihak PERUBATAN kepada EME:

1.       PERUBATAN memohon agar pihak Education Malaysia Egypt (EME) mengeluarkan surat sokongan bagi menyatakan pengiktirafan serta sokongan padu terhadap usaha pencarian sumbangan yang sedang dilaksanakan oleh PERUBATAN buat masa ini.
 
2.      PERUBATAN memohon agak pihak EME, dengan kuasa diplomasi yang ada, bertemu dan berbincang dengan pihak pentadbiran Universiti Al-Azhar. Ia bertujuan untuk memohon agar pelajar-pelajar berkenaan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan serta ditangguhkan tarikh akhir pembayaran yuran pengajian mereka sehinggalah tamat peperiksaan.
 
3.      PERUBATAN memohon agar pihak EME dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam aspek kewangan sama ada dalam bentuksumbangan ataupun pinjaman menerusi mana-mana tabung dana kecemasan yang ada di bawah EME.

Presiden mengulas, “PERUBATAN mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian En. Khairi Jalalluddin meluangkan masa bagi membincangkan masalah kebajikan pelajar-pelajar tersebut. Kerjasama baik yang diberikan oleh beliau membuktikan bahawa EME sentiasa bersedia bagi memberikan sokongan kepada PERUBATAN sebagai sebuah persatuan yang menaungi semua mahasiswa/wi jurusan perubatan, pergigian serta farmasi di bumi Mesir ini.”
Pertemuan tersebut berakhir pada jam 11.50 pagi bagi memberi laluan kepada Solat Jumaat.

Sumber : perubatan.org
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger