Home » » Mahasiswa Al-Azhar Cedera di Makmal Biochemistry

Mahasiswa Al-Azhar Cedera di Makmal Biochemistry



HAYYU SADIS, 4 Januari - Seorang mahasiswa kuliah perubatan tahun dua Universiti Al-Azhar mengalami kecedaraan ketika sedang menjalani sesi praktikal Biochemistry. Mangsa, Muhammad Nuaim bin Mat Nasir telah tertiup serbuk sulfur hingga terkena matanya. Insiden tersebut berlaku kira-kira jam 12.15 tengahari semalam.
Menurut saksi, Ahmad Kasyfillah bin Mustafa mahasiswa kuliah yang sama, "Ketika menjalani eksperimen menguji kandungan bile salt dalam urine, mangsa telah tertiup serbuk sulfur yang seharusnya dituang. Disebabkan serbuk itu tidak keluar, dia terus sahaja meniup dan mengakibatkan serbuk tersebut masuk ke dalam matanya."

"Pada mulanya, tiada apa-apa berlaku sehinggalah dia membasuh mukanya menyebabkan berlaku tindak balas kimia mengakibatkan kerengsaan (irritation) berlaku. Mata dan mukanya menjadi merah dan pedih. Kebetulan, waktu sudah hampir habis maka beliau terus dikejarkan ke farmasi berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut," ulas beliau lagi.
Disebabkan klinik di kuliah tidak dibuka pada hari tersebut serta kesukaran mencari farmasi berdekatan, mangsa terus dikejarkan ke hospital Rabiatul Adawiyah di Raba'ah untuk mendapatkan rawatan. Mangsa diberikan sebotol larutan saline untuk dititis ke dalam mata bagi mengurangkan kesakitan dan terus dibawa pulang. Meskipun agak cemas, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.
Sumber : perubatan.org
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger