Ehya' Ramadhan : Majlis Khatam Al-Quran

KAHERAH, 29 Ogos - Majlis Khatam al-Quran peringkat KPIPM telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan dari ahli KPIPM ikhwah.

Majlis tersebut adalah susulan selepas Majlis Khatam al-Quran peringkat akhawat yang telah selesai dilangsungkan pada 28 ogos 2011 di Wisma Darul Ridzuan A.

Majlis ini juga adalah merupakan penutup Program Ehya’ Ramadhan pada kali ini.

Majlis Khatam al-Quran ini juga disusuli dengan tahlil beserta Iftor Jama’ie dan Aqiqah yang disumbangkan oleh ahli KPIPM sendiri.

Biro Dakwah dan Tarbiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK pelaksana Ehya’ Ramadhan yang telah bertungkus-lumus selama sebulan bagi menjayakan setiap program yang direncanakan.

Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik antum sekalian yang telah menjayakan program ini.

SEMARAK '11 : Rumah Terbuka KPIPM

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM akan mengadakan Rumah Terbuka AidilFitri 1432H di bawah program SEMARAK ’11 pada 31 Ogos 2011 (Rabu) bermula jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang. Program akan berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A.

Banyak aktiviti yang akan dijalankan, antaranya Wacana AidilFitri dan Sambutan Kemerdekaan, Tayangan Video Kemanusiaan dan banyak lagi.

Datang jangan tak datang. Anda semua dijemput hadir bersama-sama untuk memeriahkan lagi program.

Tentatif SEMARAK '11

29 OGOS 2011

-GOTONG-ROYONG MEMASAK

- MALAM PERUTUSAN AIDILFITRI

-PENGAGIHAN WANG ITHAR

-PERSEMBAHAN KHAS

-SLIDE SHOW

-JAMUAN RAYA

31 OGOS 2011

-JAMUAN RAYA

(Rumah Terbuka KPIPM)

-FORUM AIDILFITRI

(Meredah Tribulasi Generasi Transformasi)

1 SEPTEMBER 2011

PAGI :

PROGRAM KESENIAN AKHWAT:
-PERSEMBAHAN NASYID

(Usrah Khairatun Hisan)
-PENTOMEN
-SAJAK AIDILFITrI & MERDEKA

MALAM KESENIAN KPIPM :

-PERSEMBAHAN KOMPANG

-SILAT & TAEKWANDO

-MARHABAN

-TARIAN DABUS

-PUISIDRA

-NASYID MUHAZZIRUN

-SLIDE SHOW

Moh anak-anak Perak semua, memeriahkan lagi Aidilfitri dengan pelbagai agenda menarik menanti anda!!!!!

Ehya' Ramadhan : Kuiz Minggu Terakhir

SOALAN KUIZ MINGGU TERAKHIR

1 – Apakah maksud Sahur dari segi bahasa?
2 – Adakah wajib orang cacat pendengaran dan penglihatan berpuasa Ramadhan?

3 – Batal atau tidak jika dicucuk vaksin di siang hari?

4 – Apakah yang dimaksudkan dengan “itqum minnar” (عتق من النار)

5 – Adakah wajib qada’ atau fidyah bagi seorang ibu sekiranya berbuka puasa kerana mengandung?

Jawapan anda perlu diemelkan terus kepada tydp_kpipm64@yahoo.com dengan segera. Hadiah menarik menanti anda.

KPIPM Menyokong Penuh Konvokesyen PMRAM

Berikutan pengumuman rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkenaan dengan kesediaan untuk menganjurkan Konvokesyen PMRAM pada tahun ini.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) menyokong penuh dan bersedia menghulurkan bantuan bagi menjayakan agenda tersebut.

Ini adalah kerana melihatkan sokongan seluruh ahli KPIPM kepada PMRAM yang juga merupakan persatuan induk mahasiswa/wi Islam di Mesir di dalam meraikan graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian sama ada dari pengajian Islam mahupun perubatan.

Oleh yang demikian, KPIPM sentiasa bersama PMRAM di dalam menjayakan konvokesyen yang akan diadakan ini.

Semoga usaha murni ini mendapat berkat dan keredhaan Allah Ta`ala demi kesatuan kita.

Sekian, wassalam.

“ BERILMU BERAMAL IKHLAS ”
“ KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH ”

KHAIRUL ASHRAF BIN MOHD KHIR AL-HAFIZ

Yang DiPertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir,
sesi 2010/2011.

Dermasiswa Online : Semak Dan Hantar Maklumat Diri Anda

Perhatian :

Jawatankuasa Dermasiswa MAIPk telah bermesyuarat bagi memproses permohonan dermasiswa yang telah dibuat oleh pemohon.

Oleh yang demikian, anak-anak Perak yang telah memohon Dermasiswa melalui Demasiswa Online hendaklah memastikan nama anda telah tercatat di KEPUTUSAN PERMOHONAN SELEPAS MESYUARAT pada website permohonan tersebut.

http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa/

Bagi pemohon yang tidak tercatat namanya di website permohonan tersebut, anda perlu memberikan maklumat seperti berikut :

· NAMA PENUH

· NO. KAD PENGENALAN

· KAEDAH PERMOHONAN [samada melalui Dermasiswa Online atau manual (mengisi borang zakat sahaja) atau kedua-keduanya sekali].

Maklumat boleh dihantar terus kepada Pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM, saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di talian +2011-03103027 atau email kpipm64@yahoo.com.

Jika terdapat sebarang permasalahan boleh merujuk terus kepada Saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin, Setiausaha Agung KPIPM di talian +2011-03103027.

Iftor Mahabbah Bersama Pengarah AJK KPR KPIPM


KAHERAH, 25 Ogos - Tentatif Iftor Mahabbah kali ini, AJKT dan AJK HEWI KPIPM di rumah mutazawwijin iaitu, saudara Mohd Firdaus bin Abd Razak serta pasangan.

Hayyu ‘Asyir telah menjadi arah tuju petang tersebut dan singgahsana tersebut bertukar meriah dengan kehadiran AJKT dan AJK HEWI.

Saudara Mohd Firdaus bin Abd Razak adalah merupakan Pengarah Ahli Jawatankuasa Khas Pilihan Raya (AJK KPR) KPIPM bagi sesi kali ini.

Sejurus selesai berbuka puasa, masa yang terluang dipenuhkan dengan perbualan dan perbincangan beberapa masalah semasa.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak tuan rumah menerima kunjungan AJKT bersempena Iftor Mahabbah di bulan Ramadhan ini.

Semoga segala amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi bukti untuk kita mendapat rahmat Tuhan yang Maha Esa.

Iftor Mahabbah Bersama Mantan Bendahari KPIPM

KAHERAH, 24 Ogos - Iftor Mahabbah sekali lagi menjadi tentatif AJKT dan AJK HEWI KPIPM. Dan kali ini singgah di rumah mutazawwijin iaitu, saudara Mohd Hafizul Akhbar Abd. Rahman dan pasangan, saudari Hidayah binti Abd. Rahman.

Hayyu ‘Asyir telah menjadi arah tuju petang tersebut dan singgahsana tersebut bertukar meriah dengan kehadiran AJKT dan AJK HEWI.

Saudara Mohd Hafizul Akhbar Abd. Rahman adalah merupakan mantan Bendahari KPIPM manakala pasangan beliau pula merupakan mantan HEWI PMRAM.

Sejurus selesai berbuka puasa, masa yang terluang dipenuhkan dengan perbualan dan perbincangan beberapa masalah semasa.

Selesai berbincang, Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh saudara Ibnu Abbas Azizuddin.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak tuan rumah menerima kunjungan AJKT bersempena Iftor Mahabbah di bulan Ramadhan ini.

Semoga segala amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi bukti untuk kita mendapat rahmat Tuhan yang Maha Esa.

Sertai Pertandingan Mencipta Video Pendek dan Kad Raya

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Unit Perhubungan dan Promosi Sambutan Hari raya dan Kemerdekaan (SEMARAK ’11) telah mengadakan Pertandingan Mencipta Video Pendek dan Menghasilkan Kad Raya.

Tarikh Tutup Penyertaan adalah 28 Ogos 2011.

Syarat-syarat penyertaan :
- Terbuka kepada seluruh ahli KPIPM.
- Panjang video tidak melebihi 3 minit.
- Kad raya tersebut mestilah bersaiz 4R dan perlu dihantar dalam bentuk yang telah dicuci.

Sebarang masalah, pertanyaan dan penghantaran, sila rujuk kepada :
Unit Perhubungan dan Promosi :-
Abdul Rahman Sarwani [ 014-1742921 ]
Nurul Jannah Ismail [ 011-7692125 ]

Tazkirah Jemputan : "Jangan Takut Walau Dengan Apa Keadaan"

Tazkirah subuh.menegakkan yang hak sekalipun pahit.

KAHERAH, 22 Ogos - Ehya’ Ramadhan sekali lagi menganjurkan Majlis Sahur Jama’ie dan diisikan Qiamullail Perdana dan Tazkirah Subuh Jemputan daripada wakil MAPIM.

Pertemuan ini adalah berikutan hasrat beberapa ahli rombongan untuk bertemu dengan penuntut di sini dan pihak penganjur mengambil peluang dengan mengadakan sesi Ramah Mesra dan Tazkirah Subuh.

Al-Fadhil Ustaz Mohd Azli bin Musa antara rombongan MAPIM ke Gaza baru-baru ini telah menjadi pentazkirah jemputan kali ini.

Dalam ucapan beliau pagi tadi, al-Fadhil Ustaz Mohd Azli menceritakan detik-detik cemas yang berlaku di Gaza.

“Terdengar beberapa dentuman ketika kami di sana. Saat ini mencemaskan perasaan kami ketika itu. Tetapi tidak bagi rakyat Palestin yang sudah menjadi kebiasaan melihat kematian di sana-sini, keruntuhan bangunan dan kerosakan rumah-rumah mereka”. Perkongsian pengalaman beliau ketika berada di Gaza baru-baru ini.

Beliau menasihati pada hadirin yang hadir, agar berani mempertahankan yang hak seperti rakyat Palestin. “Yakinlah dengan janji Allah yang akan membantu hambaNya yang sentiasa berada di jalan dakwah”. Tambah beliau lagi.

Beliau sanggup meninggalkan pekerjaan tetap demi merialisasikan impiannya di jalan dakwah. Meninggalkan keluarga berbulan-bulan demi kerja-kerja Islam.

Inilah contoh teladan yang perlu kita ikuti, semangat dan keyakinannya pada Allah tidak pernah pudar.

“Janganlah kita takut untuk berjuang walaupun berada di dalam keadaan berat sekalipun” ucap beliau sebelum mengakhiri majlis pagi ini.

PEMANDU : Pengurusan Jenazah Teori dan Praktikal

KAHERAH,21 Ogos - Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) di bawah unit Biro Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan kursus pengurusan jenazah bagi ikhwah dan akhawat.

Program ini diadakan di Wisma A untuk ikhwah dan Wisma B untuk akhawat.

Saudara Syed Aisam bin Syed Idris sebagai pembentang bagi ikhwah telah menunjukkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengurusan jenazah.

Beliau mengingatkan kepada seluruh peserta yang hadir agar memberanikan diri mengenai hal-hal berkaitan pengurusan jenazah selepas tamat program ini.

“Walaupun kita hebat dalam bidang ilmu agama yang lain, belum tentu lagi kita mampu untuk menyelesaikan hal berkaitan pengurusan jenazah”. Ujar beliau lagi dengan panjang lebar.

Beliau memuji pihak persatuan kerana menganjurkan program seperti ini. Ini kerana ianya bukan sahaja boleh melahirkan generasi baru yang berkebolehan dalam pengurusan jenazah, malahan ianya dapat juga dipraktikkan sebagai seorang penuntut ilmu.

Di peringkat akhawat pula, pembentangan disampaikan oleh saudari Norazura binti Abd Rahim, Kuliah Syariah Islamiah, tahun tiga, Kaherah.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli KPIPM yang telah menyerikan lagi program PEMANDU pada kali ini.

Nadwah Tarbawi Membina Generasi Rabbani

KAHERAH, 20 Ogos – Satu pembentangan kitab diadakan bertempat di Wisma Darul Ridzuan B.

Pembentangan yang dinamakan sebagai Nadwah Tarbawi telah berjaya dilaksanakan yang mana khusus untuk mahasiswa sesi 2010/2011.

Pendiskusi slot ini telah dibawa sendiri oleh saudara Syeikh Muhammad Mujahid bin sikh Nawawi. Beliau juga merupakan Naib Presiden III, Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM.

Program Nadwah Tarbawi ini adalah merupakan kesinambungan daripada Kolokium Ilmuan yang lalu.

Ketua Fasilitator Perak, saudara Arif Shah bin Abdullah Sani menyusun program ini bersama Biro Dakwah dan Tarbiah adalah sebagai satu inisiatif bagi mengadakan siri ulangan untuk mereka yang terlepas kolokium yang lepas.

Program seperti ini penting untuk melahirkan ulama’ Rabbani sepertimana tema kolokium kali ini, “Melahirkan generasi ulama’ Rabbani”.

Al-Mukhtasor Fi ‘Ulum Addin Mengajar Erti Tasawwuf

KAHERAH, 21 Ogos - Diskusi Kitab Al-Mukhtasor Fi ‘Ulum Addin bersama Abu Muhammad as-Sayyid Syeikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani telah selamat dijalankan baru-baru ini.

Kelas tafaqquh yang berlangsung pada sebelah petang itu dijalankan di Wisma Perak Darul Ridzuan (A). Kelas tersebut telah dijalankan selama 3 hari bermula dari 17, 18 dan 20 Ogos 2011.

Diskusi kitab itu telah mendapat sambutan bukan daripada ahli KPIPM bahkan sambutan daripada negeri lain.

Di antara perbincangan di dalam kitab tersebut membincangkan tentang 3 perkara asas iaitu mengenai iman (tauhid), Islam (feqah) dan ihsan (tasawwuf).

“Menjadi satu kewajiban ke atas kita selaku mahasiswa Islam untuk memahami tiga-tiga perkara ini dan tidak hanya memahami sebahagian sahaja”. Antara nasihat mutiara daripada al-Fadhil Syeikh.

KPIPM amat mengharapkan agar diskusi ini dapat memberi kefahaman yang baik di dalam memahami ilmu agama seterusnya dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian.

Senarai Keahlian Kedua Yang Telah Diluluskan

Klik gambar untuk lebih jelas

Untuk melihat keahlian pertama yang diluluskan sesi ini, sila klik di sini.

Maghrib Ini : Perkongsian Pengalaman Bersama Mantan YDP KPIPM 1990

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM akan mengadakan sesi Perkongsian Pengalaman bersama Dr. Jamnul Azhar Mulkan, Mantan YDP KPIPM 1990 dan ahli rombongan dari Malaysia.

Majlis akan berlangsung pada 21 Ogos 2011 selepas Solat Maghrib (Ahad) bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A.

Anda semua dijemput hadir bersama bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Lanjutan : Tutup Permohonan Ithar 22 Ogos 2011

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM telah MELANJUTKAN permohonan Tabung Ithar bagi sesi ini.

Oleh itu, kepada sesiapa yang BELUM membuat permohonan, sila dapatkan borang permohonan dari mandub/ah cawangan (muhafazah) masing-masing.

Tarikh tutup permohonan

22 Ogos 2011

Ramah Mesra bersama Mantan YDP KPIPM dan Angkasawan Negara

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM akan mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Dr. Jamnul Azhar Mulkan, Mantan YDP KPIPM 1990 dan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, Angkasawan Negara.

Majlis akan berlangsung pada 21 Ogos 2011 selepas Solat Tarawih (Ahad) bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A.

Anda semua dijemput hadir bersama bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Dilanjutkan : Sedekah Pahala Bacaan Al-Quran

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan meneruskan progam Ehya’ Ramadhan dengan menganjurkan aktiviti menyedekahkan pahala bacaan Al-Quran 30 juzu’ kepada muslimin dan muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah.

TARIKH TUTUP penyerahan nama dan sumbangan DILANJUTKAN sehingga 25 OGOS 2011 (Ahad).

Marilah sama-sama kita menginfaqkan harta kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Al-Quran Panduan Terbaik Manusia

KAHERAH, 19 Ogos – Di sebelah pagi, Program Ehya’ Jum’ah diisi dengan Tazkirah Jemputan iaitu saudari Norain binti Yaacob. Beliau merupakan pelajar tahun akhir Kuliah Lughah Arabiah, Mansurah. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM pada sesi ini.

Beliau mengingatkan kepada hadirin yang hadir, “Sejauh manakah kecintaan kita pada Al-Quran. Di dalam Al-Quran juga banyak menerangkan mengenai hak dan bathil, halal dan haram. Inilah garis panduan yang Allah letakkan dalam Al-Quran. sekiranya kita tidak membaca Al-Quran, bagaimana kita hendak memahami Al-Quran serta mengikut syariatNya”. Terang beliau dengan panjang lebar.

“Tiga faktor penting yang perlu ada pada mahasiswa, terutamanya sebagai kepimpinan. Antaranya, qiamullail, Solat Dhuha dan membaca Al-Quran. Inilah senjata orang mu’min yang mengaku dia adalah orang yang beriman dan bersyukur”. Sambung beliau lagi sebelum mengakhiri tazkirah pada pagi tadi.

KPIPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan. Semoga Ramadhan kali ini, kita tidak ketinggalan dalam menggandakan amalan-amalan kebajikan seperti sedekah dan sebagainya. Selamat beramal.

Nadwah Tarbawi : Pembentangan Thaqafah Da’ieyah

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM akan mengadakan Nadwah Tarbawi pada 20 Ogos 2011 ( Sabtu) bertempat di Musalla Wisma Darul Ridzuan B. Pembentangan Kitab Thaqafah Da’ieyah oleh saudara Syeikh Mujahid bin Sikh Nawawi khusus untuk mahasiswa sesi 2010/2011.

Marilah sama-sama kita mengisi masa di bulan Ramadhan ini dengan pengisian ilmu.

Ramah Mesra bersama Mantan Yang DiPertua KPIPM 1990

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM akan mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Ustaz Jamnul Azhar bin Mulkan, Mantan Yang DiPertua KPIPM. Majlis akan berlangsung pada 21 Ogos 2011 (Ahad) bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A.

SEMARAK '11 : Peluang Menyumbang Di Bulan Ramadhan

Sempena sambutan AidilFitri yang bakal menjelang, AJK pelaksana Sambutan AidilFitri dan Malam Kesenian (SEMARAK ‘11) mengalu-alukan segala bentuk sumbangan.

Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada :

Saudara Saifullah Minhad

015-25997272

Saudari Umi Atikah Samsuddin

015-22528674

Ehya' Ramadhan : Islam Mengajar Untuk Berfikir Kehadapan

KAHERAH, 18 Ogos - Diskusi kitab bertajuk Al-Mukhtasor Fi ‘Ulum Addin bersama Abu Muhammad As-Sayyid Syeikh Rohimuddin Bin Nawawi Al-Bantani dan Iftor Jama’ie hari ini berlangsung seperti biasa.

Program yang telah berlangsung di Wisma Perak Darul Rizuan (A) itu dihadiri oleh ahli KPIPM dan ahli luar Perak.

Selesai diskusi di sebelah petang. Majlis berpindah kepada bacaan surah Yaasin menjadi pengisi sebelum menunggu waktu Isya’ diadakan selepas Iftor Jama’ie.

Setelah itu, Solat Isya’ dan Tarawih dilaksanakan secara berjemaah dan berakhir dengan tazkirah ringkas, disampaikan oleh Matan Presiden PMRAM 2010, saudara Shahrizan bin Mohd Hazime.

“Islam mengajar umatnya untuk berfikir kehadapan”. Ujar beliau di dalam tazkirahnya tadi.

“Ramadhan juga menjadikan umat Islam supaya berfikir kehadapan”. Tambah beliau lagi.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh barisan AJK Pelaksana yang berusaha sedaya upaya memastikan program Ehya’ Ramadhan tahun ini berjalan dengan baik.

Ehya' Ramadhan : Teruskan Berdoa Demi Mahasiswa

KAHERAH, 17 OGOS - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dibawah selian Biro Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan diskusi kitab dan Iftor Jama’ie bersama Abu Muhammad As-Sayyid Syeikh Rohimuddin bin Nawawi Al-Bantani.

Program ini telah diadakan di Wisma Perak Darul Rizuan (A). Majlis bermula dengan diskusi kitab yang bertajuk Al-Mukhtasor Fi ‘Ulum Addin pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Iftor Jama’ie. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran 2 orang Mantan Presiden PMRAM bersama Badan Pengurus angkat Perak, saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman, Ketua Badan Ekonomi PMRAM.

Di pertengahan Solat Tarawih pula, Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Presiden PMRAM 2011.

Beliau menekankan agar mahasiswa terus berusaha menggandakan usaha di dalam melakukan amal ibadat di bulan Ramadhan ini.

Sebelum majlis berakhir, Tuan Presiden juga mengingatkan juga agar tidak melupakan berdoa demi kesejahteraan mahasiswa di bumi Mesir ini.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1432 Hijrah

Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat fitrah pada tahun ini 1432 H bernilai LE 10.

Pungutan zakat akan BERMULA daripada 19 Ogos 2011.

Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakat, boleh dilakukan melalui :

Bendahari Kehormat KPIPM, saudara Firdaus Aznan (Ikhwah) - 011-2531054

Bendahari HEWI, saudari Norazura Rahim (Akhawat) - 011-0311537

Iftor Mahabbah Bersama Mantan Presiden PMRAM


KAHERAH, 16 Ogos – Iftor Mahabbah sekali lagi menjadi tentatif AJKT dan AJK HEWI KPIPM. Dan kali ini singgah di rumah mutazawwijin iaitu, saudara Shahrizan bin Mohd Hazime dan pasangan, saudari Hurriyyah binti Abdul Mokti.

Rumah terletak di Hayyu Thamin itu bertukar meriah dengan kehadiran AJKT dan AJK HEWI sebelum waktu berbuka puasa.

Kedua-dua pasangan tersebut kebetulan baru pulang dari menunaikan umrah dan sempat berkongsi pengalaman bersama dengan AJKT yang hadir. Kesempatan untuk beramah mesra bersama ahli keluarga sementara menunggu azan Maghrib berkumandang.

Sejurus selesai berbuka puasa, beberapa maklumat terbaru turut disampaikan berkaitan dengan program-program KPIPM yang terdekat.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak tuan rumah menerima kunjungan AJKT bersempena Iftor Mahabbah di bulan Ramadhan ini.

Semoga segala amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi bukti untuk kita mendapat rahmat Tuhan yang Maha Esa.

Iftor Mahabbah Bersama Penghuni Syaqah 2, Wisma B

KAHERAH, 15 Ogos – Iftor Mahabbah kali singgah di Syaqah 2, Wisma Darul Ridzuan B.

Saudara Arif Shah bin Abdullah Sani selaku ketua syaqah tersebut telah menerima kehadiran AJKT KPIPM seawal jam 6.15 petang.

Sementara menunggu waktu berbuka, barisan AJKT sempat beramah mesra dan bertaaruf ringkas bersama ahli bait tersebut.

Sejurus selesai berbuka puasa bersama dan bermesra, solat Maghrib secara berjemaah di musalla menjadi agenda terakhir sebelum bersurai.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak tuan rumah menerima kunjungan AJKT bersempena Iftor Mahabbah di bulan Ramadhan ini.

Semoga segala amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi bukti untuk kita mendapat rahmat Tuhan yang Maha Esa.

Iftor Jama'ie Mengisi Ehya' Ramadhan

KAHERAH, 14 Ogos – Program Ehya’ Ramadhan diteruskan dengan satu majlis Iftor Jama’ie telah berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi.

Majlis yang dihadiri kira-kira hampir 50 orang itu, kebanyakkannya adalah daripada mahasiswa sekitar Kaherah.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh dua orang Badan Pengurus PMRAM iaitu BP angkat Perak, saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman, Ketua Badan Ekonomi dan ditemani oleh saudara Nur Ahmad Wafiy bin Nor Azri, Ketua Badan Sambutan & Rehlah.

Sejurus selesai menunaikan Solat Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah ringkas oleh BP angkat, Mohd Hafizzul Azri bin Azman.

Antara yang disampaikan adalah, “Memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini apatah lagi setelah melangkah ke fasa kedua iaitu fasa keampunan”.

Selesai tazkirah tersebut, jamuan makan menjadi agenda terakhir sebelum menutup majlis Iftor Jama’ie malam tersebut.

Keluarga Mangsa Kecewa, Mohon Penjelasan Daripada KPT


KAHERAH, 14 Ogos - Kes kekeliruan pengurusan Pegawai Atase EM, En Khairi Jalalludin mendapat banyakperhatian oleh semua pihak di Mesir bahkan di Malaysia.

Terbaru, pihak PMRAM dimaklumkan bahawa keluarga bagi Saudari Hanisah Hashim telah menemui pihakKementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berkenaan status pengajian anakekoran surat penangguhan yang dikeluarkan oleh pihak KPT tidak sah di Universiti Ain Shams, pusat pengajiananaknya tersebut.

Namun, ternyata pihak keluarga mangsa kecewa apabila mendapat tahu bahawa berlaku salah laku pegawai EM iaitu En Khairi Jalalludin yangmengeluarkan surat atas nama JPMK (sekarang EM) kepada KPT supaya membuat satu surat pengesahan penangguhan semata-mata untukmemuaskan hati pihak mangsa atas permohonan yang dibuat.

Selain itu, pihak KPT memberitahu bahawa akan mendapatkan penjelasan lengkap daripada pihak Education Malaysia mengenai kes kekeliruanpengurusan tersebut.

"Kita telah mendapatkan makluman bahawa pihak EM telah meminta penjelasan daripada En Khairi Jalalludin berhubung kes ini. Beliau (En KhairiJalalludin) akan berjumpa dengan pihak dekan universiti untuk menyelesaikan kes ini," jelas Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

"Setakat ini, PMRAM dan BKASM menunggu jawapan hasil perjumpaan antara En Khairi Jalalludin dan pihak dekan universiti untuk merancangtindakan susulan. Apa yang pasti ia sememangnya menjadi tanggungjawab beliau (En Khairi Jalalludin) atas salah laku pengurusan yang dilakukan,"tegas beliau.

Sumber : pmram.org

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger