Sunday, September 4, 2011

Kronologi Kes Hanisah Hashim: Mahasiswa Bersuara Menuntut Hak

AJKT PERUBATAN akhawat melawat saudari Hanisah Hashim (tiga dari kanan) 


Saudari Hanisah binti Hashim disahkan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Ain Shams pada 8 Disember 2009 bagi sesi 2009/2010.

Namun beliau telah memohon surat penangguhan selama setahun atas sebab-sebab tertentu.
Permohonan penangguhan telah dibuat melalui pegawai Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) di Malaysia.

Sehubungan itu, setelah permohonan dibuat, beliau telah menerima sepucuk surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas pengesahan penangguhan yang dimohon pada tarikh 16 Julai 2010.

Dimaklumkan bahawa surat penangguhan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah dibuat berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) (sekarang EME) rujukan JPMK (AKA)1000/016/06(03) dibuat atas kebenaran yang diberikan oleh Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir yang telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan pengajian tersebut.

Namun, apa yang didapati, surat penangguhan daripada KPT  Malaysia tersebut adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.

Ini adalah kerana, tiada satu surat permohonan menangguhkan pengajian pun yang sampai ke pihak pengurusan Universiti Ain Shams. Surat yang ada hanyalah surat daripada KPT Malaysia yang dihantar kepada ibu bapa pelajar mengatakan bahawa KPT Mesir telah bersetuju dengan penangguhan tersebut.

Hasilnya, status pengajian beliau adalah mengulang dan terpaksa membayar yuran tertunggak sebanyak 1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000 selain permasalahan visa yang berlaku.

Menurut mangsa, beliau telah bertanyakan mengenai masalah ini kepada En. Khairi bin Jalalluddin, Pegawai Atase Pendidikan (Akademik) EME bagi mendapatkan pengesahan berkenaan status surat penangguhan yang diterima oleh beliau di Malaysia. Respon daripada En. Khairi sendiri menyatakan bahawa surat penangguhan tersebut sebenarnya tidak pernah dikeluarkan oleh Idarah Wafidin (Pejabat Pelajar Luar,Kementerian Pengajian Tinggi Mesir).

Terdapat urusan yang telah dilaksanakan berkenaan surat penangguhan ini oleh pihak En Khairi berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh En.Sulaiman (pembantu En.Khairi) dan  beliau pernah menghantar permohonan penangguhan tersebut kepada Idarah Wafidin, namun, tiada respon dari Idarah Wafidin diterima dan ini bermakna tiada satu surat pun mengesahkan penangguhan tersebut daripada KPT Mesir tetapi pegawai menyatakan kepada KPT Malaysia bahawa Hanisah telah disahkan penangguhan.

Akhirnya hanyalah surat penangguhan daripada KPT Malaysia yang dikeluarkan dan diberi kepada Hanisah mengesahkan bahawa KPT Mesir telah meluluskan permohonan tersebut, sedangkan penangguhan ini tiada surat rasmi daripada KPT Mesir. 

Beliau (En. Khairi) juga menyatakan bahawa tujuan beliau mengeluarkan surat tersebut adalah kerana desakan daripada ibubapa Hanisah sendiri sedangkan urusan bersama Idarah Wafidin tidak pernah selesai.

Hasilnya, status pengajian saudari Hanisah Hashim adalah dikira sebagai mengulang tahun (I’adah), dan perlu membayar yuran tambahan sebanyak 1,500 pund sterling bersamaan kurang lebih LE 14,000.

Namun, hasil desakan pegawai HEP Selangor,  Encik Faryzan bin Subkhi, Badan Kebaikan Anak Selangor (BKASM), PMRAM dan PERUBATAN, En Khairi Jalalluddin telah mendapatkan semula surat permohonan  tersebut .

Akhirnya, pada 15 Ogos, hasil desakan pihak-pihak terbabit juga, En. Khairi bersama En. Faryzan selaku pegawai HEP Selangor dan Encik Sulaiman telah menemui pihak pengurusan Universiti Ain Syams dan menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Saudari Hanisah tidak lagi perlu membayar jumlah wang tambahan sebanyak 1,500 pound sterling kerana status pengajiannya telah ditangguhkan, bukan lagi ‘mengulang’.

Akhirnya masalah kekeliruan status pengajian Hanisah yang hampir menggadaikan 1,500 pound sterling, telah diselesaikan. Dan status i’adah dapat ditukarkan semula kpd status mustajidah

Sumber rujukan : Testimoni Saudari Hanisah Hashim dan Surat-surat lampiran



 Lampiran 1

  Lampiran 2

sumber : perubatan.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM