Sunday, February 22, 2009

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

KAHERAH : 15, 16, 17 Februari, Kembara Jaulah Ke Semenanjung Sinai dengan singkatan ( SEMAI 09) diadakan di bawah seliaan Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah KPIPM dengan kerjasama badan Kebajikan Pulau Pinang BKPPM dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan BKAWP.

Pada tahun ini membawa kelainan dengan menggabungkan 3 BKAN serentak dan bertemakan “ HAYATI KEIDAHAN, AGUNGNYA NIKMAT TUHAN” . Ekspidisi pengembaraan ke Semenanjung Sinai ini bermula pada jam 3 pagi dan berakhir pada hari selasa jam 10.30 malam.

Antara tempat yang dilawati ialah Panorama Barlif, Uyun Musa, Patung Lembu Samiri, Hamam Firaun dan acara kemuncak mendaki Jabal Musa dimana nabi Musa menerima taurat dari Allah S.A.W. Antara matlamat program ini memupuk silaturrahim di antara peserta setiap BKAN sekaligus memberi komitmen kepada PMRAM.

Saturday, February 21, 2009

Rehlah HEWI Ke Mansurah

MANSURAH, 17 Februari 2009- Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah HEWI KPIPM 08/09 telah menganjurkan jaulah ke Maqam Aulia’, Mansurah dan Ra’su Bahr. Seramai 30 orang peserta telah menyertai jaulah pada kali ini.
Tujuan diadakan jaulah ini adalah untuk mengenang kembali perjuangan para aulia’ dan ulama’ di dalam menyebarkan ilmu ke seluruh pelusuk dunia di samping menghayati kesan tinggalan sejarah yang terdapat di Mansurah. Penerangan telah disampaikan oleh Ustaz Azrul bin Ismail dan Ustaz Azizuddin bin Aznan selaku musyrif penerangan pada hari tersebut.

Setelah taklimat berkenaan dengan adab-adab serta amalan-amalan sunat yang dituntut oleh Islam semasa menziarahi tempat yang mulia dijelaskan, para peserta memulakan perjalanan tepat pada pukul 8.00pagi dengan menaiki tiga buah tremco.

Destinasi pertama yang dilawati ialah Maqam Syeikh Sya’rawi yang terletak di Kampung Daqadus di daerah Mit Al-Ghamr 30 km dari Mansurah. Bersebelahan maqam ini juga terdapat kawasan perkuburan umat Islam Daqadus.

Seterusnya, peserta meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, iaitu Maqam Muhammad Bin Abu Bakar yang terletak di sebuah perkampungan di persisiran sungai Nil yang bernama Mit Damsis. Penempatan ini terletak dalam kawasan Aga. Apa yang menarik, maqam ini baru sahaja ditemui pada tahun 1950, terletak pada bahagian bawah Masjid Muhammad bin Abu Bakar bersebelahan Gereja Ortodok yang lebih 1600 tahun dahulu.

Pada pukul 2.45 petang para peserta tiba di Ra’su Bahr. Di sini para peserta berehat seketika dan menikmati makanan yang telah dibekalkan. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Tepat jam 6 petang, kami semua bertolak pulang ke Kaherah.

Sri Kandi's Day Meriah

KAHERAH, 15 Februari 2009- Seramai 57 orang siswi KPIPM dari pelbagai muhafazah telah menyertai program Sri Kandi’s Day di bawah anjuran Ketua Hewi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) yang telah berlangsung selama dua hari. Hari pertama program tersebut telah diadakan di Dewan Solah Al-Masri, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM).

Objektif diadakan program ini adalah untuk memupuk kesedaran mahasisiwi peri pentingnya penjagaan wanita dari sudut Islam dan sains serta memberi pendedahan awal kepada mahasisiwi berkenaan penjagaan anak dan keluarga. Di samping itu, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan mencungkil bakat terpendam di kalangan ahli hewi KPIPM.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan pengarah program, Ustazah Nur Mashithah binti Sidek dan diakhiri dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Naib Pengerusi Hewi PMRAM, Ustazah Nor Faizah binti Mad Ali. Pelbagai slot telah dibentangkan sepanjang berlangsungnya program tersebut. Di antara slot yang menarik adalah “Penjagaan Bayi dan Ibu Bersalin”, “Dirimu Amat Berharga”, “Dilema Wanita”, dan “Halawatul Iman”. Program tersebut berakhir pada jam 10.00 malam.

Srikandi's Day diteruskan lagi pada hari kedua di Muqayyam Daim. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti Bola Baling,Treasure Hunt, dan Sukaneka. Para peserta mengambil peluang ini untuk mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan mereka. Tepat jam 12.00 tengahari, majlis penutup dan majlis penyampaian hadiah diadakan dan majlis berakhir pada jam 1.00 petang.

Wednesday, February 18, 2009

Pengajian Tafaqquh Fasa Pertama

KAHERAH :Bermula dari 1-13 Febuari telah mengadakan Majlis Tafaquh Fiddin ( Daurah Kitab Safinatun Naja' yang telah disampaikan oleh 2 orang ustaz jemputan khas.Pengajian bermula seawal jam 7.30 pagi -8.30 pagi kemudian sesi keduanya selepas Solat Maghrib.

Ustaz jemputan yang dijemput khas itu ialah: AL-Fadhil Ustaz Mohd Faisal bin Zakariya mahasiswa Master Beirut sedang menulis tesisnya dan seorang lagi mrupakan X-student mahasiswa daripada Hadramout Yaman Al-Fadhil Ust Mohd Najmuddin bin Abd Aziz sekarang menuntut di Zamalek.

Sambutan dari ahli yang mengikuti pengajian tersebut sungguh memberangsangkan .Semoga program di bawah anjuran Biro Pelajaran & Ilmiah ini dapat dilaksanakan di masa akan datang dengan lebih baik lagi .

Saturday, February 14, 2009

AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2015/2016


YANG DIPERTUA
(Perhubungan Luar & Unit Perancang)
Mohammad Ainuddin bin Mohd Ishak  
+201117869112/+201146626390
ainuddinishak@yahoo.com     

TIMBALAN YANG DIPERTUA
(Unit Penerangan & Unit Penerbitan)
Muhammad 'Arif bin Yaaziz
+201140734340
ibnuyaaziez@gmail.com

SETIAUSAHA AGUNG
Khairul Naim bin Abd Razak
+201100403093
khairul_.hd93@gmail.com

TIMBALAN SETIAUSAHA
Muhammad Saiful Adli bin Ahmad Padli
+201157756289
sepoi_apu@yahoo.com

BENDAHARI KEHORMAT
Mohamad Khairul Hafiz bin Abd Razak
+201127255351
khairul_9455@yahoo.com

KETUA BIRO DAKWAH DAN TARBIAH
Muhammad Abrorr bin Mohd Ishak
+201125551562
pemudaperak_94@yahoo.com

KETUA BIRO TABUNG KEBAJIKAN, KESENIAN DAN RIADAH
Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri
+201125422274
bukhari.may19@gmail.com

KETUA BIRO PELAJARAN DAN ILMIAH
Muhammad Syafiulsyafi bin Othaman
+201147977399
syafiman_94@yahoo.com

KETUA BIRO PERUMAHAN
Muhammad Hisyam bin Hashim
+201125942226
hisyamhasyim95@gmail.com

KETUA BIRO PERHUBUNGAN, SAMBUTAN DAN REHLAH
Muhammad Faiz bin Mohd Salim
+201125677732
faizsalim318@yahoo.com.my

KETUA BIRO EKONOMI
Mohamad Akmal Alif bin Saleh
+201095761751
promuslim95@yahoo.com 

KETUA HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI)
Syariza binti Ayub
+201121470816
syarizayub91@gmail.com

AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2015/2016


KETUA HEWI
Syariza binti Ayub
+201121470816

TIMBALAN KETUA HEWI
Norfadilah binti Mohd Nasir
+201121471069

SETIAUSAHA HEWI
Nurul Izzaty binti Osman
+201127066847
nurulizzatyosman93@gmail.com

TIMBALAN SETIAUSAHA  
(BENDAHARI) HEWI
Nurul Amirah binti Zulkifly
+201159484532
myra_zuzila@yahoo.com

KETUA BIRO DAKWAH DAN TARBIAH HEWI
Siti Aisyah binti Ahmad
+2011272116160

KETUA BIRO TABUNG KEBAJIKAN, KESENIAN DAN RIADAH HEWI
Siti Hajar binti Ahmad Daud
+201009397523
hajardaud1605@gmail.com

KETUA BIRO PELAJARAN DAN ILMIAH HEWI
Ainaa Syahirah binti Mat Said
+201097446469
annasyaheerah95@gmail.com

KETUA BIRO PERUMAHAN HEWI
Siti Aishah binti Abdullah
+2011096334473
jihadfisabilillah@gmail.com 

KETUA BIRO PERHUBUNGAN, SAMBUTAN DAN REHLAH HEWI
Nur Afifah Najihah binti Ahmad Khalil
+201002603758
fifanaj25@gmail.com 

KETUA BIRO EKONOMI HEWI
Nurul Syazana binti Ahmad Pahmi
+21006082087
nurulsyazanaahmadpahmi@gmail.com





BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2015/2016


PENGERUSI PENASIHAT
Muhammad Hanif bin Abdullah
+201149476292
ibnuabdullah_90@yahoo.com

SETIAUSAHA PENASIHAT
Hussaini bin Mohamed Hussain
+201140151395
hussaini_egypt@yahoo.com

AJK PENASIHAT
Mohamad Hazim bin Mohd Halim
+201117936552   
hazimhalim91@yahoo.com

AJK PENASIHAT
Muhammad 'Asri bin Mohd Salim
+201146695662
innimuslim@yahoo.com

AJK PENASIHAT
Nurul Fadhillah binti Mohd Khairi
+201152145121
fadhillahkhairi91@gmail.com

AJK PENASIHAT
Norul Aimi binti Mohd Razi
+201117446492/+201015068718
mim_girlz@yahoo.com

Objektif Penubuhan KPIPM

Tujuan ialah memberi perkhidmatan kemasyarakatan dan pelajaran.

a. Menyatukan anak-anak Perak yang sedang bermukim atau belajar di Republik Arab Mesir atas asas-asas Ukhuwwah Islamiah.

b. Membangunkan keperibadian Islam di kalangan aggota di samping mempertingkatkan taraf pemikiran dan pencapaian ilmu pengetahuan Islam khasnya.

c. Bekerjasama bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh setiap ahli.

d. Mentadbir bantuan kewangan dan sebagainya kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan pertolongan dari kalangan ahli.

e. Memberi kerjasama dengan:

i. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan
ii. Mana-mana pertubuhan yang lain sama ada di dalam atau di luar negeri.

f. Berusaha menjalinkan ikatan Ukuwwah Islamiah di kalangan umat Islam.

g. KPIPM dalam pergerakannya tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana kegiatan parti politik atau menganggotainya.

Sejarah KPIPM

KRONOLOGI KPIPM SEIRING DENGAN PENUBUHAN WISMA DARUL RIDZUAN

Wisma Darul Ridzuan atau dulunya dikenali sebagai rumah Perak mempunyai sejarah tersendiri di bumi Mesir ini. Terletak di No. 31 Mustasyar Hafiz Badawi Street, Seventh District, Nasr City, Cairo, Arab Republic Of Egypt. Manakala, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi dan memelihara, serta mengambil berat tentang kebajikan anak-anak Perak yang menuntut ilmu di bumi Mesir ini, sama ada pengajian agama atau akademik. KPIPM dan Wisma Darul Ridzuan mempunyai kaitan sejarah yang tidak dapat dipisahkan. Sekarang KPIPM telah mencapai usianya 40 tahun, dan Wisma Darul Ridzuan sudah bertapak 24 tahun di Mesir ini.

Walaupun kewujudan Wisma Darul Ridzuan ini agak terlewat berbanding dengan penubuhan KPIPM, namun telah terukir padanya sejarah-sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh generasi terdahulu dan generasi akan datang. Justeru, barisan kepemimpinan pada hari ini ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak(SUK), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang terus menyokong kami dari belakang, bagi memastikan KPIPM dan Wisma Darul Ridzuan ini tetap teguh dan kukuh sehingga sekarang. Tanpa sokongan dan bantuan yang dihulurkan, mana mungkin KPIPM yang kami dokongi ini mampu mengharungi arus selama 40 tahun.

Usaha penubuhan persatuan pelajar Perak ini tercetus apabila sekumpulan pelajar Malaya yang nekad untuk datang ke Mesir ini tiba, pada tahun 1920 an. Kedatangan mereka ke bumi Mesir ini adalah semata-mata ingin menuntut ilmu Allah Taala di perlembahan Nil. Sebelum wujudnya persatuan pelajar Perak, satu permuafakatan antara seluruh pelajar seMalaya telah ditubuhkan, bagi menjamin kesatuan yang utuh, ribat dan kukuh sesama mereka. Maka, dengan nilai persahabatan dan semangat setiakawan sesama rumpun melayu, maka wujudlah Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS).

Tujuan persatuan ini dibentuk adalah untuk memelihara kepentingan golongan melayu yang berada di Mesir, merangkumi pelajar Malaya, Indonesia dan Pattani. Permuafakatan yang dibina ini tidak dapat bertahan lama, sehingga Indonesia dan Pattani berhasrat untuk keluar daripada permuafakatan ini dan menubuhkan persatuan yang berdiri di atas nama negara masing-masing. Dengan ini, rumpun Malaya ketika itu terpaksa berdikari dan memperjuangkan nasibnya bersendirian. Dengan sokongan ahli yang tidak berbelah bahagi dan komitmen yang memberangsangkan, maka persatuan ini terus kukuh dan kekal hingga sekarang.

Pun begitu, pihak kepimpinan memahami bahawa persatuan ini juga mempunyai masalah yang tersendiri. Pertambahan ahli, dan kedatangan pelajar Malaya ke Mesir telah menjadi salah satu masalah besar yang terpaksa ditempuhi dan diselesaikan dengan sebaik mungkin. Yang lebih merumitkan lagi, berdiri dan bangun persekutuan ini, tanpa dana dan sokongan kewangan yang kukuh, telah menyebabkan ia mengalami banyak kekurangan daripada sudut kemudahan yang disediakan. Bagi menjamin keselamatan, keselesaan, dan kemudahan ahli yang bernaung, maka lembaga kepimpinan pada masa itu telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan badan kebajikan anak negeri masing-masing sebagai alternatif memudahkan urusan menyalurkan bantuan dan dana kerajaan negeri serta menjaga kebajikan anak-anak negeri.

Walaupun kehidupan ketika itu serba kekurangan dari sudut fasiliti dan kemudahan pembelajaran, namun usaha dan niat pelajar Perak untuk terus belajar di bumi Mesir ini tidak pernah luntur dan lemah. Bukan itu sahaja dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh pelajar Perak, kemerosotan ekonomi Mesir tatkala itu turut memberi pengaruh yang besar terhadap struktur sosial yang berada di negara itu. Masalah keselamatan, campurtangan golongan Yahudi terhadap pentadbiran negara Mesir, penawanan Semenanjung Sinai oleh tentera Israel dan krisis mata wang telah memberi asakan yang begitu kuat terhadap pelajar Perak untuk cuba mewujudkan satu kesepakatan sesama mereka. Kesepakatan dan kesatuan yang bakal termeterai itu adalah semata-mata ingin membentuk ikatan persaudaraan yang kukuh, di samping menerapkan nilai-nilai menjaga hak asasi dan kebajikan pelajar Perak di Mesir ini agar terus terjaga dan terpelihara.

Maka pada awal tahun 1964, satu persepakatan telah diwujudkan di kalangan pelajar Perak untuk menubuhkan badan kebajikan anak-anak Perak yang dikenali sebagai Keluarga Pelajar-pelajar Perak Kaherah (KPPK). Individu yang bertanggungjawab menubuhkan ikatan persaudaraan ini adalah saudara Jais bin Anuar, selaku ketua pelajar pada masa itu. Perjuangan pelajar Perak ini terus berswadaya walaupun terdapat kekurangan dan kedhaifan dari pelbagai segi seperti sudut kemudahan dan kebajikan, namun begitu, sifat setiakawan telah mengatasi segala-galanya. Persaudaraan perlu diutamakan, daripada sikap yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan kesusahan serta tekanan yang dialami oleh saudara Perak yang lain.

Atas usaha murni yang berterusan ini, maka persatuan pelajar ini terus mendapat sokongan yang padu daripada ahlinya sendiri dalam meneruskan agenda perjuangan, serta meningkatkan kredibiliti di dalam menampilkan kepemimpinan yang berkualiti. Setelah menempuh zaman yang mencabar ini, maka timbul pula idea untuk membuat bilik gerakan persatuan yang lebih menjurus untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan ahli Perak. Walaupun cadangan ini memerlukan, serta berhajatkan kepada kos kewangan yang begitu tinggi, namun pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan oleh persatuan pelajar Perak ini untuk memperoleh sumber kewangan yang diperlukan, bagi menyara keperluan mereka di sini.

Berkat doa dan kesungguhan serta komitmen anak-anak Perak Mesir terhadap persatuan ini, maka mereka telah berjaya menyewa dua buah rumah di Imarah 40, kawasan Raba’ah sekarang, bagi menampung segala keperluan persatuan dan kebajikan anak-anak Perak. Bangunan berasingan bagi menempatkan siswa dan siswi Perak ini telah disewa pada 15 Oktober 1968. Hasil usaha ini sebenarnya adalah pengorbanan awal yang dihasilkan oleh KPPK ini untuk mencurah bakti terhadap kebajikan pelajar Perak di sini. Oleh sebab itu, dengan sokongan ahli yang begitu padu, kesatuan serta kesepaduan yang bina, tetap terus berdiri megah.

Acuan persaudaraan Islamiah yang dibina, merupakan kunci kepada kekuatan persatuan pelajar Perak ini. Sikap tolong-menolong, bertolak-ansur dan mengambil perhatian di atas kesusahan dan kesempitan saudara kita, telah menjadi darah daging masyarakat pelajar ketika itu. Mereka bagaikan isi dengan kuku, tidak dapat dipisahkan dan saling memahami antara satu sama lain. Perjalanan menuntut ilmu tetap diteruskan. Membasmi sifat kejahilan di dalam diri terus menjadi agenda utama kedatangan pelajar Perak di bumi Mesir ini.

Memandangkan pertambahan jumlah kedatangan pelajar Perak ke bumi Mesir ini kian meningkat, maka barisan kepemimpinan terpaksa mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasi masalah kependudukan yang semakin padat. Imarah 40 di Raba’ah yang disewa tidak mampu lagi menampung jumlah pelajar yang besar. Lebih menyedihkan lagi, kebanyakan pelajar yang datang ke Mesir ini menggunakan perbelanjaan sendiri, tanpa dibantu oleh mana-mana institusi, baik badan kerajaan atau swasta. Pelbagai usaha telah dijalankan, untuk memastikan kebajikan pelajar baru terus terjamin dan selesa, serta dapat membiasakan diri dengan suasana arab yang merupakan suatu perkara yang baru dalam kehidupan mereka.

Cetusan pendapat agar pelajar Perak mendapat bantuan dari kerajaan negeri telah mendapat sokongan sebulat suara daripada seluruh ahli Perak. Campurtangan kerajaan negeri amatlah diperlukan, bagi menyelesaikan masalah pelajar Perak yang semakin rumit dan serba kekurangan. Justeru, pihak persatuan telah mengambil inisiatif menghubungi kerajaan negeri Perak dan membuat beberapa permohonan, antaranya memohon biasiswa, dermasiswa atau pinjaman bagi penuntut-penuntut yang tidak mempunyai sebarang bantuan kewangan. Selain itu, permohonan serta tuntutan supaya kerajaan negeri Perak dapat menyediakan sebuah rumah penginapan untuk penuntut-penuntut Perak di Mesir di bawah tanggungan kerajaan negeri telah diutarakan.

Permohonan dan rayuan berulang kali telah diajukan kepada pihak kerajaan negeri yang mana ketika itu, berada di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said selaku Menteri Besar Perak. Namun yang menyedihkan, tiada jawapan atau respon yang diberikan. Pucuk pimpinan kerajaan negeri Perak juga telah bertukar silih ganti. Bahkan, kerajaan negeri juga mempunyai dasar dan halatuju yang jelas untuk membela nasib-nasib golongan Melayu Perak.

Walaupun sebelum ini, segala permohonan dan permintaan serta rayuan KPPK untuk mendapatkan hak mereka tidak pernah tercapai, namun berkat usaha yang berterusan, di samping doa yang tidak putus-putus dikirimkan oleh seluruh ahlinya, maka, pada tanggal 15 April 1969, segala permohonan dan rayuan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Sebagai permulaan bantuan tersebut, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membayar sewa rumah bagi mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka. Dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri tersebut, KPPK telah membayar sewa dua rumah berasingan yang terletak di Imarah 40, Raba’ah setelah diduduki sejak 15 Oktober 1968 untuk kegunaan siswa dan siswi Perak. Selain itu, kerajaan negeri juga telah memberikan dermasiswa dan biasiswa kepada pelajar Perak bagi membiayai pengajian mereka di Mesir ini.

Menjelang tahun 70-an, bilangan penuntut Perak semakin meningkat dan harga sewa rumah telah naik berlipat kali ganda. Bagi mengatasi masalah ini, KPPK pada waktu itu telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan negeri Perak agar dapat membeli sebuah bangunan untuk KPPK. Pada akhir tahun 70-an, kerajaan negeri telah meluluskan permohonan tersebut dengan memperuntukkan sebuah bangunan khas bagi menaungi kebajikan pelajar Perak di Mesir. Ketika itu juga, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Wan Mohamad Wan Teh selaku Menteri Besar Perak.

Setelah permohonan itu diluluskan, kerajaan negeri Perak telah mengeluarkan peruntukan sebanyak setengah juta ringgit Malaysia untuk membeli bangunan tersebut. Hasilnya, sebuah bangunan penempatan Keluarga Pelajar-pelajar Perak di Mesir setinggi 6 tingkat dan memiliki 11 apartmen ini, telah dibeli dan disediakan oleh kerajaan negeri Perak untuk kegunaan pelajar-pelajar Perak di Mesir. Sepuluh daripada apartmen tersebut telah dijadikan penempatan mahasiswa dan mahasiswi, manakala yang berbaki telah dijadikan sebagai dewan serbaguna dan perpustakaan. Dan tanggal 1 Julai 1981, Rabu, bersamaan 28 Syaaban 1401 merupakan hari bersejarah. Menteri Besar Perak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Wan Mohamad Wan Teh telah merasmikan bangunan tersebut. Dengan pembelian bangunan tersebut, maka dengan ini, Perak merupakan perintis kepada kewujudan rumah-rumah anak negeri masing-masing.

KRONOLOGI PEMBAIKAN SEMULA WISMA DARUL RIDZUAN KALI PERTAMA

Setelah Wisma Darul Ridzuan atau rumah Perak dihuni oleh pelajar Perak selama 13 tahun, maka di situ berlakulah peningkatan usia dan kerosakan pada struktur bangunan tersebut. Di kala usia Wisma Darul Ridzuan telah menjangkau usianya 13 tahun, maka di situ terdapat beberapa kerosakan dalaman dan luaran yang serba sedikit telah menjejaskan keselamatan pelajar Perak untuk terus menduduki bangunan tersebut. Kerosakan yang berlaku telah mencapai tahap yang membimbangkan, sehingga kebanyakan pelajar Perak terpaksa mendiami dan menyewa rumah, selain rumah Perak.

Sehubungan itu, pihak kepimpinan KPIPM telah mengemukakan satu usul pembaikan semula rumah Perak kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Sekali lagi, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mendengar keluhan dan rayuan pelajar Perak di Mesir. Kerajaan negeri telah memainkan peranan yang begitu penting dan baik dalam menyelesaikan masalah kebajikan dan kepentingan anak-anak Perak di Mesir. Pada 23 Disember 1994, satu rombongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai SUK telah datang ke Mesir bagi membincangkan pembaikan semula Wisma Darul Ridzuan. Aduan yang diajukan oleh kepimpinan KPIPM ketika itu telah didengari oleh SUK, lantas pihak kerajaan negeri terus menjalankan pemantauan terhadap struktur dan bangunan rumah Perak. Setelah mengenalpasti kerosakan teruk yang berlaku, kerajaan negeri telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk disalurkan bagi membaiki semula Wisma Darul Ridzuan.

Ekoran daripada pembaikan itu, seluruh penghuni Wisma Darul Ridzuan telah diarahkan untuk keluar buat sementara waktu sehingga selesai proses pembaikan semula dijalankan. Pada 27 Disember 1994, satu gotong royong besar-besaran telah diadakan bagi memindahkan barang-barang keperluan dan asasi yang masih kekal di rumah Wisma Darul Ridzuan. Pada 30 Disember 1994, syarikat Heart To Heart yang mengetuai operasi pembaikan semula Wisma Darul Ridzuan, telah bersetuju untuk menyediakan rumah sewa khas untuk pihak persatuan KPIPM bagi menjalankan aktiviti kepada ahli-ahlinya sehingga selesai proses pembaikan semula Wisma Darul Ridzuan. Rumah ini terletak di Seksyen 7 (Haiyyu Sabi’e)

Implikasi daripada pembaikan Wisma Darul Ridzuan hampir-hampir menjejaskan penyatuan ahli-ahli KPIPM di seluruh peringkat. Malahan, pelbagai aktiviti yang sepatutnya dijalankan terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan. Pelbagai maklumat mengenai kebajikan para pelajar tidak dapat disalurkan, disebabkan kekurangan alat perhubungan dan komunikasi. Dan masalah yang paling meruncing sekali ialah, para pelajar Perak juga menghadapi masalah kewangan untuk tinggal di rumah sewa yang pada keseluruhannya menelan belanja sewa yang begitu mahal, berbanding dengan kadar sewa Wisma Darul Ridzuan sebelum itu yang hanya dikenakan sebanyak 10 Pound Egypt. Kesan daripada itu juga, pihak persatuan KPIPM terpaksa menangguhkan beberapa perkhidmatan seperti telefon dan faks yang diadakan sebelum ini.

Pada Oktober 1995, Wisma Darul Ridzuan telah siap baikpulih. Tanggal 8 November 1995, rombongan SUK telah datang ke Mesir untuk menghadiri Upacara Penyerahan Kunci Wisma Darul Ridzuan kepada ahli-ahli KPIPM. Pada akhir November 1995, sebahagian besar pelajar Perak telah mula tinggal di Wisma Darul Ridzuan, dan mereka telah dikenakan sewa sebanyak 20 L.E sebulan, serta bayaran jaminan sebanyak 20 L.E setahun. Pada 28 Disember 1995, Wisma Darul Ridzuan secara rasminya selamat diduduki dan dihuni oleh para pelajar

KRONOLOGI PEMBAIKAN SEMULA WISMA DARUL RIDZUAN KALI KEDUA

Pada penghujung tahun 1999, genap 4 tahun Wisma Darul Ridzuan selepas diselenggarakan. Tanpa disedari, masalah Wisma Darul Ridzuan ini kembali menghantui para penghuninya. Kerosakan demi kerosakan telah berlaku. Terutamanya kerosakan yang begitu serius di beberapa bahagian sistem saluran tandas dan paip air yang tidak teratur. Kerosakan ini seterusnya mempengaruhi kerosakan pada struktur lain. Ini telah menyebabkan Wisma Darul Ridzuan diselubungi dengan kerosakan, dan ini telah memberi kesan yang cukup mendalam kepada seluruh pelajar Perak. Di situlah mereka berteduh, berkumpul, bertukar senang dan susah dalam mengharungi kehidupan di bumi Mesir ini. Segala-galanya bersama KPIPM dan Wisma Darul Ridzuan adalah saksinya.

Apabila kerosakan telah berlaku, serba sedikit ia menjejaskan kerukunan dan kebersamaan yang telah dibina selama ini. Sehubungan itu, satu tindakan drastik telah diambil dengan menghantar satu kertas kerja permohonan bagi pembaikan semula Wisma Darul Ridzuan. Kertas kerja ini telah diusahakan oleh Biro Perumahan KPIPM. Tujuan kertas kerja ini dibentuk bagi memohon peruntukan kepada kerajaan negeri untuk pembaikan kali kedua Wisma Darul Ridzuan yang mengalami kerosakan teruk, di samping dapat meneruskan lagi usia dan nafas Wisma Darul Ridzuan yang telah menjangkau usia 18 tahun.

Pada 8hb Julai 2000, ketibaan rombongan pegawai SUK telah selaku wakil kerajaan negeri Perak untuk meninjau dan memantau kerosakan yang berlaku di Wisma Darul Ridzuan. Beberapa perbincangan yang lebih menyeluruh di antara pihak SUK dan Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM telah diadakan. Setelah melihat kerosakan dan kecacatan yang berlaku ke atas Wisma Darul Ridzuan, maka pihak SUK bersetuju untuk memilih Syarikat Manjalawi & Company sebagai kontraktor utama dalam proses menyiapkan, serta membaikpulih Wisma Darul Ridzuan. Kos pembaikan kali kedua ini telah menelan belanja sebanyak L.E 200,000.00. Proses pembaikan tersebut merangkumi bilik air, sistem paip air, sistem pembuangan najis dan beberapa bahagian bangunan rosak yang telah dikenalpasti.

Pada 9hb hingga 15hb Julai 2000, Biro Perumahan KPIPM telah menganjurkan gotong-royong yang telah melibatkan semua ahli. Gotong-royong dan kerahan tenaga secara besar-besaran ini telah diadakan secara berperingkat. Ini termasuklah memindahkan segala barang-barang hak milik persatuan serta individu-individu yang menetap di rumah Perak. Memandangkan barangan dan alatan yang diluar jangkaan dan kapasiti, maka Biro Perumahan terpaksa menyewa sebuah garaj untuk menyimpan barang-barang ahli KPIPM serta memastikan segala barangan tersebut selamat daripada berlaku sebarang kecurian dan kehilangan. Pada masa yang sama, usaha terus dilakukan bagi memindahkan penempatan dan pejabat mahasiswi ke Haiyyu Zuhur buat sementara waktu. Dengan pemindahan penempatan dan pejabat mahasiswi tersebut, pihak KPIPM terpaksa berkongsi wang bersama ahli KPIPM yang tinggal di rumah itu, untuk membiayai sewa rumah tersebut yang menelan belanja sebanyak L.E 2040.00 sebulan.

Pada tarikh 14 November 2000, Syarikat Manjalawi telah mengumumkan bahawa tarikh tersebut adalah tarikh tamat bagi proses pembaikan semula rumah Perak kali kedua. Maka pada 16 November 2000, Wisma Darul Ridzuan telah selamat diduduki dan dihuni semula oleh pelajar Perak.

KRONOLOGI PEMBELIAN DAN PEMBAIKAN DUA RUMAH PERAK

Sedikit kronologi tentang pembinaan dan pembelian Rumah Perak yang ingin dikongsi bersama. Pada ses lepas, ketika Ustaz Ahmad Arifin bin Zakariya memgang jawatan sebagai Yang DiPertua. Pada bulan Mac, Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani bin Zakaria telah mengadakan lawatan ke Mesir. Di kesempatan itu, Ahli Jawatankuasa Tadbir telah mengadakan perjumpaan dengan beliau. Di dalam perbincangan tersebut, belaiu telah menyuarakan keinginannya yang merealisasikan harapan anak-anak Perak di sini iaitu menyelesaikan isu Rumah Perak. Isu Rumah Perak ini telah sekian lama cuba diselesaikan dan akhirnya harapan semakin cerah dengan kehadiran beliau ketika ini. Setelah berlalu beberapa peringkat perbincangan di peringkat MAIPk, keputusan yang diberikan kepada pihak KPIPM ialah untuk membeli sebuah bangunan dan mengubahsuai bangunan yang sedia ada. Susulan daripada keputusan ini, pihak MAIPk telah menghantar wakil Jabatan Kerjaraya Perak untuk menyelia urusan ini di Mesir. Pada permulaan sesi 2008/2009, ketika permulaan Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil memegang jawatan sebagai YDP, kehadiran wakil JKR, Ir Amir yang datang buat kali kedua, selepas kedatangannya keli pertama pada sesi sebelum ini. Beliau datang untuk menyelia terus dengan pihak syarikat dan persatuan untuk menyelesaikan perkara ini.

Kehadirannya telah memperincikan beberapa perkara, antaranya urusan dengan pihak syarikat dan pihak kedutaan. Pihak persatuan dimaklumkan oleh beliau bahawa proses pemindahan rumah perlu dilakukan segera. Belaiu juga memaklumkan bahawa sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa.

Peda bulan November, pihak persatuan telah dimaklumkan supaya mengosongkan Wisma Darul Ridzuan dan pihak syarikat telah menyediakan penempatan sementara. Proses pemindahan telah dijalankan dalam masa sekitar 2 minggu untuk menyempurnakan segalanya. Setelah selesai pemindahan dan beberapa urusan berkaitan, YDP telah memberikan beberapa taklimat yang berkaitan. Alhamdulillah, Sambutan Aidil Adha berjaya dilaksanakan di Rumah Sementara tersebut. Segala bantuan dan kerjasama dari semua ahli sangat dihargai.

Logo KPIPM


DEFINISI BENTUK

PERISAI : BENTENG ISLAM.
REBEN MERAH : LIKU CABARAN.
BULAN SABIT : LAMBANG AGAMA ISLAM.
BUNGA PADI : KEBAJIKAN.
COKMAR : KERAJAAN NEGERI PERAK.
MENARA AL-AZHAR : INSTITUSI AL-AZHAR.
KITAB : LAMBANG AL-QURAN DAN SUNNAH YANG MENJADI DASAR KPIPM.
BULU AYAM : MELAMBANGKAN PENGUASAAN ILMU TURATH (LAMA).
PENA : MELAMBANGKAN PENGUASAN ILMU MUASARAH (BARU).
RANTAI : HUBUNGAN UKHUWWAH YANG ERAT TERJALIN.

DEFINISI WARNA

HIJAU : KEISLAMAN.
MERAH : KEBERANIAN DAN KESUNGGUHAN.
BIRU : PERPADUAN.
KUNING BUNGA PADI : KECERMELANGAN.
KELABU BULAN SABIT : KEUTUHAN DAN KESABARAN.
PUTIH, KUNING, HITAM : WARNA BENDERA NEGERI PERAK.

Penaung KPIPM

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan


KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK)
Malaysian Student's Department
21 El A'nab Street, Mohandessin,
Giza,
Arab Republic Of Egypt


PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)
No. 17, Hunain Ibn Ishak Street,
7th District,

Nasr City, Cairo,
Arab Republic Of Egypt

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM